Quantcast
Channel: DAUS REDSCARZ
Viewing all 395 articles
Browse latest View live

Laksa Sarawak sedap di Kuala Lumpur | Dapur Sarawak

$
0
0
Bila aku rindu atau mengidam makanan masakan Sarawak, aku pasti ke sini | Dapur Sarawak.  Dah banyak kali aku mengulang ke sini. Dorang je tak cam aku. Hehe guro je. Pantang ada kerja luar pejabat pasti aku ke sana untuk makan tengahari. Makanan kegemaran aku mee kolok. Tapi kali ni aku teringin nak makan Laksa Sarawak. So aku order la Laksa Sarawak Special.
laksa sarawak
Laksa Sarawak Special
Tengok je dah terliur rasanya. Nomnomnom... Masa aku makan hari tu macam kurang kaw. Tapi boleh makan, masih sedap. Masih terasa laksa sarawak tu. Mungkin sebab aku baru first time makan laksa sarawak kat sana, so aku tak sure rasa memang gitu atau hari tu je kurang kaw. Apapun aku bagi 7/10 untuk Laksa Sarawak. Sampai licin mangkuk aku kerjakan. Hehe..
laksa sarawak
3 layer tea (gula apong)
Haa yang ni minuman favourite aku. Kalau ke Dapur Sarawak mesti order 3 layer ni.. Kena dengan tekak aku. Haha.
Anyway banyak lagi menu makanan lain kat Dapur Sarawak ni cuma aku je tak nak try yang lain. Haha.. Tapi tengok la cam mana nanti kalau teringin nak rasa yang lain. Aku up la entri lagi. Korang tau tak Dapur Sarawak tu kat mana? 

Sila refer entri ni.. Mee Kolok sedap di Kuala Lumpur

The Chillout Cafe | Cafe Hipster di Labuan

$
0
0
Projek Hipster sampai ke Labuan?.. Haha biar betul? Ye la betul la ni. Tahun lepas Dec 2015 (bulan lepas je) aku ke Labuan untuk urusan kerja. Dan aku tak lepaskan peluang mencari cafe hipster di sana. Oleh kerana masa terlalu singkat dengan cuaca hujan kat sana dapat la review satu cafe hipster. 


THE CHILLOUT CAFÉ


Terletak di Tingkat 2-6, Labuan Times Square, Labuan. Landmark berdekatan dengan Dataran Merdeka. Kalau tak biasa memang agak susah gak nak cari. Waze Labuan Times Square nanti jumpa la Cafe ni. Sebelum ke labuan aku dah search kat internet dah cafe hipster di Labuan ni dan aku jumpa cafe ni. Lepas tu aku cari la hotel-hotel yang berdekatan. Senang aku nanti, jalan kaki je ke sana. Jom..
The Chillout Cafe
The Chillout Cafe
The Chillout Cafe
The Chillout Cafe
The Chillout Cafe
Memang menarik cafe ni. Tertarik dengan deko-deko kat dalam cafe ni. Susunan meja kerusi sangat teratur. Sambil menikmati secawan kopi.. kikiki..
The Chillout Cafe
Coffee Mocha
The Chillout Cafe
Sori la korang, aku datang minum-minum je, lepak petang. Takde nak order makan-makan. So takde la gambar-gambar makanannya. Huhuhu.. Nak tengok gambar makanan boleh usha kat Instrgram The Chillout Cafe [klik] Anyway best gak lepak sini. Kalau kata datang ke Labuan 2,3 hari boleh la skali skali lepak sini. 
The Chillout Cafe
The Chillout Cafe
Macam biasa la kerja nyelpie je aku. Bukti aku dah sampai kat The Chillout Cafe, Labuan. 
The Chillout Cafe
Salah satu benda yang unik aku tengok kat cafe ni. Lampu batang paip. Mungkin ni zaman dulu-dulu punya stail. Rare ni. 

Ok lah sampai sini je kembara aku. Not bad la, cuma gambar tak puas hati sangat. Cam nyesal lak tak order makan-makan. Bukan slalu nak datang sini. Silap-silap makan tahun nak pergi sana lagi.. 

Projek Hipster Review

Bila Abang Ngah masuk Tahun 1

$
0
0
Hari pertama masuk sekolah. Abang Ngah brani dan semangat lain macam. Konfiden pun ada. Walaupun aku tau Abang Ngah ni boleh handle sendiri tapi aku tetap pantau dari jauh. Dari rumah sampai ke sekolah aku usha Abang Ngah.
Akif Danish
Sekadar hiasan
Meh nak cerita apa yang Abang Ngah dah buat hari pertama sekolah. First skali masa perhimpunan, yang lain masih gendong beg. Beg Abang Ngah mana? Dah simpan dalam kelas katanya. Wow tau pulak dia kelas dia kat mana. Time-time gini mana ada murid tahun 1 brani nak naik hantar beg bagai. 

Okeh lepas perhimpunan kedengaran pulak suara ABANG NGAH menjerit bertanya kepada seorang guru. "Saya kelas apa cikgu". Sebab tahun 1 ada 3 kelas (Cemerlang, Dinamik dan Wawasan). Cikgu tu jawab "belum lagi tau." 

Masa rehat pulak kat Kantin.
Dengan cool je dia pergi berbaris untuk beli makanan. Aku usha je gelagat dia. Makanan pertama dibeli oleh Abang Ngah... Nasi Lemak!!... Ok la tu memang favourite dia pun. Tengah-tengah makan tu dia bangun bawa pinggan dia. Aku tanya la "Bang ngah nak pergi mana?" Slamber je cakap "Nak tambah sambal".. Amboiiii kemain lagi. Buat cam rumah lak dia... kikikiki 

Dan yang paling best skali.. Hari pertama jeng jeng jeng..........................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tudiaaaaa.... Win betul la, hari pertama kasut sekolah yang putih suci dah jadi gini. Haha tapi itulah anak lelaki. Takpe la kita sapu pemutih kasut dulu. Tunggu hujung minggu baru basuh. 

Recco Coffee | Cafe Hipster di Tanjung Malim

$
0
0
Baru-baru ni aku dengan Lan Careno | Projek Hipster ke Tanjung Malim atas urusan peribadi. Selesai dari tugas tu kami bercadang nak breakfast dulu sebelum balik KL. So kami pun cari kedai makan sekitar jalan Universiti, Tanjung Malim ni. Ada la beberapa kedai makan kat area tu. Pusing-pusing jumpa la Recco Coffee. Mula-mula cam pelik je, kenapa? Selalunya cafe macam ni jarang buka pagi-pagi. 

So aku masuk la tanya, memang dah buka pun. So kami pun terus singgah di sini. Masuk je sunyi sepi lagi, sebab baru buka. Kalau tak silap aku hampir jam 9 pagi dan kami customer pertama hari tu. Haha.. Alang-alang takde orang, guna la peluang untuk shoot gambar. 

Cafe memang WOW.. Dekorasi memang cantik dan menarik. Antara Cafe Hipster di Tanjung Malim.Jom usha..  
Recco Coffee
Recco Coffee Cafe
Sebelum masuk ke dalam cafe. Yang ni gambar dari luar cafe. Siap ada logo Halal. So jangan risau bab makan-makan. 
Recco Coffee
Recco Coffee
Recco Coffee
Recco Coffee
Recco Coffee
Memang nampak elegan kan, nak makan ke, minum ke, lepak-lepak kat sini memang sempoi. 

Kebanyakkan customer yang datang ke cafe ni pelajar-pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memang dekat sangat dengan UPSI pun. Sebab tu la buka pagi-pagi, seawal 8.30 pagi hingga 11.30 malam. Boleh la breakfast kat sini. Aku agak kalau pelajar datang buat assginment sambil kena kopi perghh sangat selesa.

Eh, kata nak breakfast tapi dok tayang gambar-gambar cafe pulak kan. Haha, biasa la tu, bila dah teruja dengan dekorasi-dekorasi cafe ni, makan kemudian pun takpe. Projek Hipster katakan. Alang-alang menyeluk pekasam, jangan lupa cili padi. Kikikiki..

Meh tengok breakfast kami.. 
Breakfast Set
Recco Coffee
Recco Coffee
English Breakfast Set 4 - RM10.00
(Sausage + scramble eggs + coleslaw + toasted bread + butter) + (Sarawak Coffee or Tea)
Recco Coffee
Nasi Goreng Thai - RM7.00Recco Coffee
Honey Lemon - RM4.50
Aku makan ringan-ringan je, lan careno makan berat. Kemain nak jaga perut.. Haha.. Bukan saja-saja je order.. saja nak bagi tau selain dari deko-deko yang menarik, cafe recco coffee ni boleh order goreng-goreng seawal pagi dibuka. Ada Nasi goreng Thai, Nasi Paprik Ayam dan lain-lain. Selalunya kalau goreng-goreng ni petang baru ada. Kan? Dan yang best lagi ialah air coffee murah-murah. (Coffee yang cantik-cantik design kat cawan tu) Antara yang paling murah aku jumpa. Capuccino, Mocha baru RM8.00, Latte baru RM7.00. Sebelum ni paling murah aku jumpa RM9.50. Aku bukan taknak order Coffee ni tapi aku nyer breakfast dah datang dengan air sekali. 1 SET. Hehe..

Apapun, ada banyak lagi menu menarik kat sini.. Sapa rasa nak lepak sini boleh usha alamat di bawah ni. Selamat menjamu...

Alamat:
No 19, Jalan U -1, 
Taman Universiti,
35900 Tanjung Malim, Perak

Siapa Rashid yang sebenarnya?

$
0
0
Secara spontan je benda ni berlaku. Rashid oo rashid. Siapakah Rashid? Haha random pickup je nama Rashid pulak tu. Yang paling best terus trending nama Rashid. Glamor sekejap mereka bernama Rashid haha. Dan yang tak terlepas terkena tempiasnya bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek. Hehe xde benda pun. Ini gara-gara Bill? Who' Bill? Be like Bill.. 

Nahh satu kali aku punya. 
Hari ni aku bawa bekal pergi ofis. Bukan ape, ada lebih lauk malam tadi. Tak baik membazir. Kan dah jimat duit breakfast aku. 

Ini Daus,
Daus bawa bekal hari ni,
Daus memulakan langkah penjimatan,
Contohi Daus...

Kikiki.... terjebak..

Ketidakstabilan Smartphone Samsung S6

$
0
0
Samsung S6 aku masuk bengkel. Aku antara-antara yang unlucky dapat Samsung S6 yang ada problem. Mula-mula dengar macam power je, Samsung S6 ni. Sekali beli tak sampai sebulan dah ada masalah auto restart dan hang. Korang tau perasaan aku macam mana? Memang aku frust giler. Mahal kot nak beli Samsung S6. Sekali dah buat hal. 
Samsung S6
Mula-mula aku sabar je, ingatkan sebab tak update software bagai tapi selepas update pun still jadi lagi. Aku try buang app yang tak pakai dalam tu. Elok la sekejap bertahan la sebulan. Tapi dalam sebulan tu ada jadi 2,3 kali tapi biasa la intermittent so aku pun biarkan je. Sebab masih boleh guna. 

Dan bulan ke-3 kot atau sebelum tu jadi pulak hal lain. Ghost back button.  Haaa apa tu??? Ghost back button ni, apabila smartphone ni auto back sendiri. Suka hati dia nak back. Kita tak tekan button back pun dia back. Buka apa-apa app dia pergi back. Memang stress aku dibuatnya. Then aku google internet, memang sah aku jumpa dua masalah utama samsung S6 ni, Auto Restart dan Ghost Back Button. Memang sedih la bila baca forum-forum pasal Samsung S6 ni. Tak jumpa solution, paling koman pun suruh update software dan reset factory tu je. Kalau 2 solution ni tak jadi memang takde harapan la melainkan hantar kedai balik. Nasib baik under warranty. Patut dulu lagi aku hantar tapi bertangguh-tangguh. Ni pun sebab aku tak tahan dah teruk sangat dah. Kejap-kejap heng kejap-kejap heng. Menguji tahan kesabaran aku. So tunggu je la apa kedai boleh buat. 

Sebelum beli dulu aku dah google dah Samsung S6, tapi aku compare Samsung S6 dengan smartphone yang lain. Aku tak check kelebihan dan kelemahan smartphone ni. Adeh dah terkena ni nasib badan. Tapi tak semua kena, ada je member yang pakai takde masalah langsung. Ni kira nasib badan la. Ok la lepas ni nak membeli kena buat research dulu. Selamat!

Samsung Express Service Center Pandan Indah

$
0
0
Sambungan dari entri semalam. [ketidakstabilan smartphone samsung S6]

"3 jam" kata petugas kaunter Samsung tu bagi tau aku. Dia nak check dan repair apa yang patut. Ok la 3 jam, jangan sehari sudah. Masak aku takde phone. 3 jam tu kejap je, pergi makan pergi solat jumaat siap!

Rasanya sejam lebih je dia buat. Lepas solat jumaat ingat nak pegi ambik dah tapi jauh plak dari ofis. So aku tunggu la time balik nak pegi ambik. Sekali hujan lebat selebatnya petang tu. Hmm balik lambat la gamaknya petang tu. Tunggu hujan reda. 5.40 petang cam tu aku redah gak la pergi ambik phone tu. Sampai-sampai ambik phone pastu terus balik. 6.30 petang sampai rumah. 

So ni la resit yang aku report pasal smartphone aku ni dan part-part yang telah diganti oleh Samsung. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Defecf Description : Hang / Auto Restart

Sekali bila dah repair tudiaaa, sampai 3 parts kot dorang tukar. Fuh ini menakutkan je. Dah kira tahap ICU smartphone aku nih.. Main (Comm) / Rework Kit dan Inner Battery Pack ( eh tukar bateri baru ker? ) Padahal tak sampai setengah tahun lagi pakai. Memang ikut luck la beli smartphone ni. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Nasib baik masih dalam full warranty. Kalau tak masak kena cas ni. Meh aku nak cerita kat mana aku pegi servis smartphone samsung S6 aku ni. 
Mula-mula aku tak nak mention lagi Service center ni risau-risau tak berbaloi atau risau service tak ok. Tapi memandangkan service tiptop dan EXPRESS tak sampai 3 jam pun dari yang dia cakap tu, meh aku share location. 
Samsung Express Service Center - Pandan Indah
Lot 31, Ground Floor, Pandan Kapital Shopping Complex,Persiaran MPAJ, Persiaran Mpaj, Pandan Indah, 56100, Selangor, MalaysiaPhone:+60 3-4292 1010
Hours: 10.30 pagi - 9.30 malam
Map [KLIK MAP]

Dan aku dapat balik Smartphone aku. Lega rasanya. Harap-harap masalah ni tak berulang lagi. Frust aku dibuatnya. 

Keputusan Liverpool vs Manchester United | Rooney pecah rekod jaringan

$
0
0
Keputusan Liverpool (0) vs (1) Manchester United 
Kemenangan 1-0 ke atas Liverpool malam tadi menyaksikan Manchester United dan Liverpool mencatatkan beberapa fakta menarik untuk dikongsikan. Antaranya : 
wayne rooney 176
1. Gol Wayne Rooney adalah yang ke 100untuk Manchester United di Anfield menentang Liverpool. Wow!!

wayne rooney 176
2. WayneRooney kini memegang rekod gol premier league terbanyak untuk satu kelab, dengan 176 untuk Manchester United selepas Thierry Henry dengan 175 bersama Arsenal.

3. Manchester melebarkan rekod kemenangan dengan Liverpool

4. "Liverpool have now lost 12 times at home to Manchester United, more defeats than against any other visitor in the Premier League era."
wayne rooney 176
Gol tunggal perlawanan hasil jaringan  Wayne Rooney minit ke 78
wayne rooney 176
wayne rooney 176

dan banyak lagi... tak larat nak senarai. Fakta demi fakta sebenarnya... Belum masuk Klopp kalah dengan Manchester United. Pertemuan pertama Liverpool dibawah kendalian dia. Tak larat nak senarai..Glory Glory Manchester United

Semua di atas adalah sumber dari Internet. All above are source from internet.

STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container | The Force Awakens

$
0
0
Aku bukanlah peminat tegar STAR WARS, cuma aku sangat suka koleksi-koleksi dari STAR WARS ni. Yang terbaru aku dapat STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container | kontainer Bijirin Sarapan dan Susu R2D2 dengan pembelian KOKO Krunch Jumbo. Nasib je jumpa, sebelum ni aku cari dah kat pasaraya tapi banyak yang dah habis. Mungkin Limited Edition kot. Comel kot bekas ni. 
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
STAR WARS R2D2 Cereal and Milk Container
Haa, comel kan... Penutup kontainer tu jadi mangkuk cereal, sudu diselitkan sekali. Rupanya kat dalam bekas tu ada dua partition. Satu untuk letak susu dan satu lagi untuk cereal. Menarik ni.. Sesuai untuk budak-budak bawa gi taska ker, sekolah ker.. Untuk breakfast boleh la. Cukup-cukup lapik perut je. Heheh.. Tapi aku tak guna pun, aku simpan dalam almari kaca buat hiasan. Berebut dengan Abang Ngah haha.. Sabo je la..  

Legoland Malaysia Resort 2016 Event Calendar

$
0
0
Calendar Event 2016 Legoland Malaysia Resort dah pun kuar. Kot-kot ada yang merancang nak bercuti ke Taman Tema Legoland Malaysia Resort pada masa akan datang boleh la usha-usha event-event ni. 
Januari 2016

legoland 2016 event calendar
Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi. Legoland Malaysia telah menyediakan pelbagai promosi sempena kedatangan Lunar New Year 2016. Salah satu aktiviti menarik yang akan diadakan di sana ialah percubaan untuk memasang bongkah lego replika monyet sebanyak 2016 buah untuk mencatat rekod dalam Malaysia's Book of Record. Kenapa monyet? Tahun ni merupakan tahun monyet dalam Chinese Zodiac. Percubaan itu akan bermula dari 22 Januari 2016 sehingga 14 Februari 2016. Mampukah Legoland Malaysia cipta rekod sekali lagi? Tahun lepas berjaya pasang lego Mandarin.. Baca bawah

Legoland Malaysia Chinese New Year 2015 Malaysia's Book of Record

March 2016
The Lego Movie Continues in 4D - New Attraction


Untuk maklumat lanjut sila kunjungi website LEGOLAND Malaysia Resorts 

KELEBIHAN SURAH AL-KHAFI 1-10 | MENGELAK FITNAH DAJJAL RUMI

$
0
0

Saja mengingat akan diri sendiri dengan Surah Al-Khafi. Sejak 2,3 hari ni aku didatangi dengan 2 orang suruh amal dan hafal surah ni. Ada kelebihan dalam surah Al-Khafi 1-10 ni. InsyaAllah aku akan cuba. Saja aku share dalam blog supaya aku ingat, dan saudara seIslam juga ingat sama. Ini pun aku copy dari BLOG MUSLIM Kalau ada kesilapan dari entri ni mohon bagitau ya.



MENGELAK FITNAH DAJJAL surah al-Khafi 1-10

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya
Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah
al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' [Hadith Muslim, Kitab Solat] 

Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa yang berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah
al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh Allah dari fitnah atau huru hara Dajjal yg akan diwujudkan Allah ketika dunia hampir kiamat.

Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal yang akan bermaharajalela di dunia sebelum kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu daripada tanda-tanda dunia akan kiamat. Fitnah Dajjal disebut oleh Nabi S.A.W sebagai fitnah yang terbesar akan menimpa manusia.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)

Surah al-Khafi 1-10
Audzubillahi minasyaitan nirrajim, Bismillahirrahmanirrahiim

1. Alhamdu lillaahilladzii anzala 'alaa 'abdihi lkitaaba walam yaj'al lahu Aiwaja

2. Qayyiman liyunth ira ba/san shadeedan min ladunhu wayubashshiraalmu/mineena
allath eena yaAAmaloona al ssaliha ti anna lahum ajran hasana n

3. Maakisiina fiihi abadaa

4. Wayundziralladziina qaaluu ittakhadzallaahu
waladaa

5. Maa lahum bihi min 'ilmin walaa li-aabaa-ihim 
kaburat kalimatan takhruju min afwaahihim in yaquuluuna illaa kadzibaa

6. Fala'allaka baakhi'un nafsaka 'alaa aatsaarihim in lam yu'minuu bihaadzaa lhadiitsi asafaa

7. Innaa ja'alnaa maa 'alaa l-ardhi ziinatan lahaa linabluwahum ayyuhum ahsanu 'amalaa

8. Wa-innaa lajaa'iluuna maa 'alayhaa sha'iidan juruzaa

9. Am hasibta anna ash-haaba lkahfi warraqiimi kaanuu min aayaatinaa 'ajabaa

10. idz awaa lfityatu ilaa lkahfi faqaaluu rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi' lanaa min amrinaa rasyadaa

MAKSUDNYA
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad),Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. 
(Al-Kahfi 18:2)

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. 
(Al-Kahfi18:3)

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". 
(Al-Kahfi 18:4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. 
(Al-Kahfi 18:5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. 
(Al-Kahfi 18:6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. 
(Al-Kahfi 18:7)

Dan sesunggu hanya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. 
(Al-Kahfi 18:8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Al-Kahfi 18:9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". 
(Al-Kahfi 18:10)


Kredit pada BLOG MUSLIM

Resepi ICE MILK GREEN TEA | Mudah dan Sedap!

$
0
0
Musim panas sekarang ni kalau pekena ICE MILK GREEN TEA atauICE COFFEE petang-petang memang enak sekali. Basah tekak terasa nikmatnya. Haha, kat mana pulak nak cari? Sekarang ni dah banyak tempat dah nak beli minuman-minuman gini. Minuman Hipster kiranya. RASTA COFFEE, PIRATE COFFEE, COFFEE NGENCESS dan lain-lain lagi. Tak perlu ke STARBUCKS, COFFEE BEAN dah. Mahal sangat, tapi tu la ikut tekak masing-masing. Apapun, aku bukan nak cerita pasal lokasi atau gerai-gerai yang menjual minuman ni tapi aku nak share sikit resepi macam mana nak buat ICE MILK GREEN TEA versi aku. 
Green Tea Chatramue Brand - Product Thailand 
Serbuk teh ni kawan aku order dari Siam. Yang ni kalau tak jumpa di Malaysia maka kena order la dari Siam. Takpun try beli online kot-kot ada. Kalau serbut teh lain aku tak sure pulak warna sehijau yang ni. So jom tengok bahan-bahannya. Mudah dan simple. 

Recepi ICE MILK GREEN TEA
1. Serbuk Teh Hijau (Chatramue Brand)
2. Susu Sejat (krimer cair)
3. Susu Pekat Manis
4. Gula
5. Ais batu

Cara-cara menyediakan ICE MILK GREEN TEA untuk minum (1) sorang. 
1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik (kalau ada). 

2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.

3. Kemudian tapiskan. 
   Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml. 

4. Masukkan gula 2 sudu besar, kacaukan

5. Masukkan 2 sudu susu pekat dan kacau lagi.. 

6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi haha. Tak tukar pun takpe kalau gelas tadi dah besar. 

7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecah kecik-kecik. Kalau beli ais cube tu pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh. 

8. Last sekali tuang susu sejat (krimer) kat atas sekali. Yang ni aku takde sukatan. Ikut suka. Jangan banyak sangat kang hilang green tea nanti. Maka dengan itu SIAP lah.... 
ICE MILK GREEN TEA 
Mudah je kan. Haha rasa pun lebih kurang je, kalau nak minum shake-shake la bekas tu. Perghh menawan kalbu. Kalau sedap share la kengkawan. Lepas ni tak perlu dah beli dah. Buat sendiri je. Selamat mencuba.. 

Eroll Barbershop | Barber Hipster di Kuala Kangsar

$
0
0
Baru-baru ni aku balik kampung rumah mertua aku kat Kuala Kangsar, kali ni semangat lebih sikit, nak tau kenapa? Haha, yelah baru aku tau kat kualer ada barber hipster. Barber je pun tapi semangat lebih. Apahal? Okeh kalau nak tau, barber hipster ni berlainan sikit dengan saloon-saloon rambut yang kita biasa pergi ni. Meh tengok bawah ni. 
eroll barbershop
Eroll Barbershop Kuala Kangsar 
eroll barbershop
eroll barbershop
Bro Arm antara stylist kat Eroll Barbershop
Haa ni la sebabnya aku tertarik dengan Barbershop ni. Manarik tak? Barber Hipster ni deko-deko lain sikit. Ala-ala old skul.. Nak masuk pun gerun je. Haha. Nampak tak kelainan dan perbezaan dengan saloon-saloon gunting rambut yang biasa. Lain kan? 
eroll barbershop
Turn aku pulak...
eroll barbershop
Tudia apa cam? Smart tak? Memang puas hati. Balik rumah ada banyak sunyumm kikiki.. 

Rupa-rupanya dah lama dah Eroll Barbershop ni wujud, aku je tak tau. Kalau la aku tau, memang tiap kali balik kualer aku pegi potong rambut kat sini. Haha ni pun aku tau masa Projek Hipster explore Ipoh Fest baru-baru ni. Kat Ipoh pun ada Eroll Barbershop gak, dan yang menariknya kat Kuala Kangsar ni kira yang pertama dibuka sebelum melebarkan cawangan ke IPOH. Ooo gitu rupanya.. Baru teman tau.. kikiki 
Haircut cuma RM10.00, kalau student dapat harga lagi murah RM700 ke 8.00. 
eroll barbershoperoll barbershop
Pomade STAR WAX 1X
Sebelum balik aku rembat pomade satu. Aku beli yang Star Wax tu harga, RM35.00. First time aku beli pomade sebenarnya. Kalau sapa-sapa kat kualer yang nak dapatkan pomade boleh dapatkan di Eroll Barbershop. 
eroll barbershop
WAK DAUS klon

Oh ya lupa nak bagitau yang Eroll Barbershop Kuala Kangsar telah berpindah dari Chandan Puteri ke G29, Bandar Baru Kualer (belakang bas stesen Kuala Kangsar) Kalau teringin nak potong rambut hipster boleh ke sini. Haha.. Waktu operasi 11.00 pagisehingga 7.00 petang. Jumaat tutup.
Eroll Barbershop
Facebook : Eroll Barbershop
Instagram : Eroll Barbershop


Alamat : 
G29 Bandar Baru, 
Kuala Kangsar
No Tel : 0169503974

SURAU IKEA CHERAS | Kecil dan sempit !

$
0
0
IKEA bukan la satu tempat asing bagi rakyat Malaysia ni. Kalau nak cari perabot rumah, deko-deko rumah pasti IKEA antara tempat yang dicari. Para suri-suri rumah ni kalau tak kenal IKEA tak tau la. Asal dapat pusing-pusing dalam IKEA pun jadi la. Tak beli takpe. Katanya lah.. 
IKEA Cheras yang baru buka baru-baru ni menjadikan IKEA ke-2 di Malaysia. Aku sendiri dah 2 kali pergi ke sana sebab dekat dengan rumah berbanding dengan IKEA Damansara. Lagipun saja nak usha tempat baru kan. Kalau mudah dan senang boleh la repeat lagi kan. So nak dijadikan cerita pengalaman untuk 2 kali tersebut aku rasa ada satu atau dua kelemahan yang aku rasa kurang selesa. Dan aku nak HIGHLIGHTkan iaitu

Surau

Kalau tak silap aku, hanya ada satu surau untuk orang awam (Muslim) menunaikan solat dan saiznya hanya lebih kurang sebesar ruang bilik tidur. IKEA ni bukan sebuah premis yang kecil. Besar kot IKEA ni, pelanggannya ramai, kalau hujung minggu atau waktu cuti lagi la ramai. Dan aku rasa majoriti pelanggan IKEA ni adalah Muslim. Bila time solat tu, dengan ruang sebesar tu, memang sempit kot ! Kena tunggu giliran, tunggu satu satu jemaah abis baru masuk jemaah lain. Agak kurang selesa di situ. 
SURAU IKEA CHERAS
Jemaah sedang menunggu untuk menunaikan solat.
SURAU IKEA CHERAS
Tempat mengambil wudhu jugak sempit dan hanya disediakan 3 paip sahaja. 
SURAU IKEA CHERAS
Inilah gambaran keadaan ketika solat Maghrib. Dan yang kurang selesanya jugak pintu masuk adalah dari tempat aku ambil gambar ni. Hampir arah kiblat. Bila ada jemaah dibelakang dah abis solat dan jemaah baru nak masuk terpaksa menunggu jemaah di hadapan selesai baru boleh keluar dan masuk. Sempit sampai tiada laluan keluar masuk. Belum lagi aduan dari surau Muslimah lagi. 

Mungkin ada juga yang mengesyorkan rancanglah waktu datang ke IKEA? Mungkin ada yang kata kalau payah sangat tak perlu datang ke IKEA? Ini bukan persoalannya. Kalau aku, aku mungkin dah malas dah nak pergi. Tak selesa! Aku sorang je tak pergi tak jejas pun market IKEA. 

Moga diusulkan kepada pengurusan IKEA Cheras agar ditambahbaik, membesarkan surau atau menambah bilangan surau. Bila ada keselesaan, pasti pelanggan pun senang hati datang ke IKEA. Surau pula hanya ditempatkan di bahagian atas sahaja dan dibahagian bawah tak jumpa. Kalau yang tengah mencari barang di bahagian bawah kena keluar dulu untuk pergi ke surau. Jauh pulak tu. Dah jadi pada aku dan mungkin ramai lagi pernah rasa situasi begini. Ada gangguan mood di situ. 

Tandas

Dan yang kedua, kemudahan tandas juga kecil dan tak selesa. Tidak padan dengan bilangan pelanggan yang datang. 

Akhirkata semoga IKEA Cheras dapat menerima cadangan itu demi keselesaan pelanggan. Sekian, terima kasih. 


***jikalau gambar diatas kurang menyenangkan boleh inform saya, utk diremove. 

Cerita satu ketika dulu Part 1 | Asrama

$
0
0
Saja aku cerita kisah silam di blog supaya dapat dibaca oleh anak-anak satu ketika nanti. Tak pun aku sendiri baca nanti. Haha.. Tidak ada istimewa sangat pun cerita ni cuma boleh perbandingan atau perbezaan kehidupan zaman 90-an dengan zaman sekarang ni. 

Maka bermulah...
Kisah 23 tahun yang lalu.... 
Logo SK Serasot 
Seawal umur 10 tahun aku dah tinggal di asrama. Baru darjah 4 kot aku masa tu. Tahun 1993 di SK Serasot, Bau, Sarawak. Antara sekolah di luar bandar yang ada kemudahan asrama. Pengalaman yang tak akan dilupakan. Kebanyakkan murid-murid sekolah rendah masa tu tinggal di asrama. Bukan apa, jarak dari rumah ke sekolah agak jauh dan tiada pengangkutan, jadi alternatif lain ialah tinggal asrama. Sekarang rasanya budak-budak naik moto je gi skolah tak pun naik basikal. Rumah aku tak jauh pun sebenarnya dari sekolah berbanding murid-murid lain. Memang aku sendiri beriya nak tinggal di asrama masa tu. Nak merasa berdikari la kononnya haha. dan yang paling hebat budak darjah 1 pun dah ada yang tinggal di asrama. Cuba bayangkan kalau anak-anak sekarang darjah 1 dah masuk asrama. Nak pergi sekolah pun pakaian, beg sekolah mak pak yang siapkan. Memang jauh beza la zaman dulu-dulu dengan sekarang. Tapi ni mungkin terjadi pada kami yang sekolah di luar bandar dulu-dulu. Bila ingat-ingat balik masa kat asrama, budak darjah 1 tu dah pandai berdikari, mandi sendiri, pakai baju sendiri, tidur sendiri. Tabik spring!!

Setiap petang ahad, budak-budak asrama akan ke asrama dan pulang ke rumah hari jumaat lepas sekolah. Antara kisah-kisah yang menarik nak aku kongsi untuk kenangan diri sendiri ialah persiapan untuk pergi kelas. Malam-malam kena siapkan baju sekolah dan seluar sekolah. Digulung dan diikat dengan tali pinggan.

Lihat ni. Begini la bentuknya. Pepagi bangun terus ke bilik mandi bawa tuala, baju gulung ni, baldi kecik yang siap sabun, berus gigi dan ubat gigi. Berlari menuju ke bilik air. Pili air sangat terhad. Dalam 5 pili je kalau tak silap. So sapa lambat kena berbaris la kat belakang. Buka pili air mandi la kat bawah tu.. Lepas mandi siap-siap kat situ jugak. Naik hantar baldi dan baju basah ke asrama, lepas tu tunggu loceng sarapan pagi. Kalau yang awal lagi pergi kelas hantar buku dulu. Lepas tu baru tunggu sarapan pagi. 

Bersambung...

Koleksi Keychain Lego | LEGO Brick

$
0
0
Macam ni pun ada. Gasak la, barang percuma, aku angkut je. Haha.. Koleksi LEGO Keychain. Hasil kutipan dari LEGOLAND. Free Gift. Kisah lama baru nak UP..
Sayang nak guna, jadi buat hiasan sudah. Haha.. Tambah dalam list koleksi lego aku. 

Edd The Barber | Barber Shop Ampang

$
0
0
Minggu lepas Projek Hipster ke sebuah Barber Shop | Kedai gunting rambut di Ampang, Selangor. Barber Shop ni baru beroperasi 3 bulan yang lepas. Wow baru sangat ni. Khabarnya konsep ala-ala mat salleh. Apa kata kita terjah dulu. Menarik ke tak?
Edd The Barber | Ampang Barber Shop
Fuhhh baru sampai depan pintu dah macam barber shop kat obersea. Eh tau pulak aku barber shop kat obersea. Haha aku agak je. Teruja aku. Betul ke barber shop ni? Haha, nasib baik terpampang besar signboard Edd The Barber kat atas tu. Betul dah tu. Edd The Barber ni terletak di B-01-G, Ground Floor Block B, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, Off Jalan Ampang, 68000 Ampang. Kalau nak cari senang sangat. Cari dulu Hotel de Palma, sebelah De Palma tu ada Al Rajhi Bank. Belakang Al Rajhi Bank tu je. 
Kedai gunting rambut di Ampang | Barber Hipster di Ampang
Fulamak, dia punya deko-deko sangat menarik. Memang betul la macam konsep Mat Salleh. Siap ada pondok telefon lagi. Macam kat London.. Serius memang smart. Kat sini ada 4 orang styelist. Masa menunggu pun tak lama. 
Rasa macam bukan pergi Barber Shop kan. Sebab tu la aku suka pilih barber shop dari saloon. Terasa kelainan bila berada dalam barber shop ni. 
Official launching Edd the Barber pada 8 November 2015. Kira-kira dekat 3 bulan dah. 
Ni list harga untuk Edd the Barber 
Takkan nak datang tengok kedai je kan, kena la try testing dulu kan. Nak tengok kepakaran stylist Edd The Barber ni.. Kalau pesyen tak jadi, rambut aku yang kena, kalau jadi pun rambut aku gak. Haha, takpe aku berkorban rambut aku untuk next pelanggan. Kemain haha!!
Serius aku puas hati dengan stylist aku ni. Nama dia Ayie kalau tak silap. Sangat teliti. Masa aku tengok buat haircut ni, layan pulak musik, alamak aii tak sedar rambut aku tengah dipotong. Memang layan abis. 

Serius walaupun Barber shop ni stylist ni semuanya lelaki, aku memang respect la, kebersihan dan kekemasan dalam barber ni dititikberatkan. Peralatan disusun rapi dan rambut yang telah dipotong tidak bersepah-sepah. Aku dah pergi 2,3 barber shop semuanya bersih. Keep it up!! Aku menyokong sepenuhnya barber shop ni.. 

Projek Hipster bersama dengan Founder dan Owner Edd The Barber | Eddy Rakion . Smart dan peramah orangnya hehe (saya suka logo tu) Haa, nampak tak hasil rambut kami. Kalau yang tengah mencari Barber Shop | Barber Hispter ni, aku syorkan korang cuba kat Edd The Barber.


Waktu operasi:
Isnin-Rabu : 11am - 11pm
Khamis : Cuti
Jumaat : 3pm - 12am
Sabtu-Ahad : 11am - 12am

Alamat:

B-01-G, Ground Floor Block B, 
Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 
Off Jalan Ampang, 68000 Ampang
No Contact : +60342667421


Instagram : Edd The Barber

Facebook : Edd The Barber

HairCuts isn't just a fashion, it's a LIFESTYLE

Jom singgah dan follow Instagram Projek Hipster

Cerita satu ketika dulu Part 2

$
0
0
Sambungan... dari Part 1

Duduk di asrama ni ada yang suka-suka, ada yang terpaksa. Aku tinggal dulu atas suka-suka. Bila difikirkan balik rasa macam menyesal je tinggal di asrama masa tu. Bukan ape, awal-awal usia dah berjauhan dengan family kan.. Petang ahad dah ke asrama. Dipendekkan cerita, biasanya kalau datang ke asrama ni ramai yang bawa sekali bekal atau buah-buah. Yelah hari ahad baru datang dari rumah macam-macam la dibawa. Kalau ada musim rambutan, durian, langsat dan belimbing merah. Ini lah yang dibawa. Dan paling tak dilupakan buah timun dayak atau timun kampung. Dikala orang di bandar makan epal ke, mangga, oren sunkis tu, kami makan timun ni. 
Timun Dayak
Timun Dayak | Timun Kampung (sumber google)
Timun ni tak kira musim, ikut bila tanam je, cukup time berbuah maka berbuah la. Pokok timun ni lebih kurang pokok labu tapi kecil skit. Tumbuh menjalar atas tanah. Ada rakan-rakan yang bawa timun ni siap dengan garam dan ada sekali dengan sambal belacan. Memang sedap kalau dimakan begitu saja. Biasanya petang ahad tak ramai orang lagi sebab ada yang datang pagi isnin. 

Waktu malam...
Ngap Sayot 1992
Ngap Sayot 1992
Teringat apabila waktu malam pula, lepas waktu belajar malam, kami pakat dengar radio. Paling best time ada perlawanan bola sepak Liga Perdana Malaysia. Ngap Sayot (Sarawak) dengar ulasan di radio. Zaman tu teringat lagi pemain seperti Effendi Julaihi, Jalil Ramli, Jafri Manai, David Evan..  Kalau gol takleh jerit kuat-kuat nanti warden dengar... haha... Itu antara nostalgia yang tak dapat dilupakan... 

Ada lagi menarik... 

Bersambung...

Harimau Malaysia menggantikan Harimau Malaya

$
0
0
#TunjukkanBelangMu
#TunjukkanBelangMu
#TunjukkanBelangMu

KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini membuat pengumuman untuk mengguna pakai nama ‘Harimau Malaysia’ sebagai nama gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa serta merta.
Sebelum ini, umum termasuk pihak media dan para peminat bola sepak telah mengguna pakai nama gelaran Harimau Malaya setiap kali mereka merujuk kepada skuad kebangsaan.
Berdasarkan sejarah, nama gelaran Harimau Malaya itu pada asalnya merujuk kepada penyerang kebangsaan era 1940-an hingga 1950-an, Allahyarham Dollah Don (nama sebenar Abdullah Mohd Don) apabila gelaran tersebut diberikan kepada beliau oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno selepas menyaksikan kehebatannya dalam satu perlawanan pada tahun 1953.
Sejak itu gelaran Harimau Malaya terus melekat kepadanya sehingga skuad kebangsaan Malaysia turut digelar sebagai Harimau Malaya selama lebih 50 tahun hingga ke hari ini.
Namun, bagi melancarkan era baharu bola sepak Malaysia mulai tahun 2016 ini, FAM berasakan yang nama gelaran Harimau Malaya itu sudah tidak sesuai memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963 iaitu kira-kira 53 tahun yang lalu.
Lantaran itu, pengenalan nama gelaran rasmi baharu Harimau Malaysia bermula hari ini diharap Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan atau selepas ini dikenali sebagai skuad Harimau Malaysia adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak. 
Peraduan mencipta logo HARIMAU MALAYSIA 
Peraduan mencipta logo HARIMAU MALAYSIA akan bermula pagi esok hingga 29 Februari 2016. Nantikan maklumat lanjutnya. 

Sumber dari Facebook Football Association of Malaysia (Official)

Menarik ni boleh join peraduan buat logo Harimau Malaysia ni. Mana tau rezeki menang wang tunai RM10,000. Jom-jom.....

GAFFE & CO CAFE | THE GARAGE KL

$
0
0
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Begitu la cafe-cafe ala hipster, cafe butik sekarang ni. Makin di cari makin banyak pulak kewujudan cafe-cafe ni. Sebelum ni kot aku yang tak prasan atau cafe gini untuk orang tertentu je. Bila dah mula jumpa satu, lepas tu memanjang jumpa. Takpe kita bagi Projek Hipster explore satu-satu. Jangan gelojoh ya.. "Man-man" kata orang cina.. Sebelum ni dah terjah Recco Coffee, The Chillout Cafe, Wich Day, Pretz n Beanz dan kali ni Projek Hipster terjah

The Garage KL | Gaffe & Co Cafe
THE GARAGE KL

Salah satu PORT Hipster di area Ampang terletak di Jalan Hillview Taman Sri Ukay. Kalau lalu MRR2 boleh nampak sebelum naik Lebuhraya Duke. The Garage KL ni satu tempat santai-santai dan lepak makan dan minum yang ada kelainan yang tersendiri. Yang bestnya lepak dalam kontena tu.... 
THE GARAGE KL
THE GARAGE KL
Haaaa, nampak tak kontena tu.. Rasa lebih dari 10 buah kontena yang ada kat sini. Ada gayat tak?? Takde la tinggi sangat. 
THE GARAGE KL
THE GARAGE KL
Ruang legar The Garage KL. 
Kenapa aku kata The Garage KL ni ada kelainan? Haa sebab kat sini ada macam-macam, serupa semua dalam satu. Hipster kan!! Ada local market (men & women accessories, ada arts & vintage shop, ada vape shop, barber shop pun ada, dan semestinya kena ada cafe. 
THE GARAGE KL
Art & Vintage Shop
THE GARAGE KL
Vape Shop | Unicorn Vape Garage
THE GARAGE KL
Barber Shop | Eroll Barber Shop
...dan yang menarik aku nak cerita kat The Garage KL ni pasal CAFE dia. Satu-satunya Cafe di The Garage KL iaitu..

GAFFE & CO | GAFFE COFFEE CAFE
THE GARAGE KL
Bahagian Luar - Gaffe & Co
Kalau smokers atau vapers ni sesuai la lepak-lepak kat luar ni. Kalau hujung minggu pulak ada live band katanya. Boleh layan live band sekali.
THE GARAGE KL
Bahagian dalam Gaffe& Co ( Berhawa dingin) 
Kalau datang tengahari agak panas sikit kat luar so boleh la lepak dalam ni. Sangat sesuai kalau bawa family. Tiada berpanasan. 
THE GARAGE KL
THE GARAGE KL
Susunan kemas dan deco-deko menarik dan selesa.
THE GARAGE KL
THE GARAGE KL
THE GARAGE KL
Dapur Gaffe meriah dengan koleksi-koleksi STAR WARS haha... Thorbaekk..
"Will Help Build Battle Station for Food" katanya..

Antara menu yang ada kat GAFFE & CO
THE GARAGE KL
Steaks 
THE GARAGE KL
Gaffe Chicken Chop - RM18
THE GARAGE KL
Pizza THE GARAGE KL
Creamy Black Mussels with Garlic Bread - RM18
THE GARAGE KL
Carbonara Beef Bacon - RM20
THE GARAGE KL
Aglio Olio with Chicken Bacon - RM18
THE GARAGE KL
Cheesy Bolognese Fries - RM9
THE GARAGE KL
Sloppy Family ( Strawberries, Coffee & Peanut Butter ) - RM15 each
THE GARAGE KL
Caramel Macchiato - RM12
THE GARAGE KL
Hot Hazelnut Chocolate - RM12
Bagi tekak aku memang sedap-sedap. Macam biasa cafe-cafe gini tak banyak beza dari segi menu. Tapi yang aku paling suka Pasta dia, Carbonara Beef Bacon dan Oglio Olio with Chicken. Memang kena ngan selera aku. Anak aku suka pizza dia, 3 ketul dia makan. shhh.. Banyak lagi menu-menu lain, ada Breakfast, Sanwich, Pizza, Pasta, Dessert dan lain-lain. Boleh refer menu kat bawah ni.. 
THE GARAGE KL
THE GARAGE KL

dan kalau nak lepak sini lama-lama jangan risau, untuk pelanggan muslim ada disediakan surau. Alhamdulillah. Sambil tu dapat menasa solat dalam kontena gak.. Hehe.. 
THE GARAGE KL
THE GARAGE KL
Surau The Garage KL
Last but not least, daya tarikan yang ada kat sini..


The Captain's Cabin
THE GARAGE KL
Nampak tak vintage bas tu. Bukan sebarang bas ni. Dalam tu ada jual barang-barang. Kalau tak silap milik salah seorang pelakon tempatan. Menarik-menarik!! Nak tau apa lagi menarik jom singgah di The Garage KL.

Alamat :
The Garage KL
Jalan Hillview Taman Sri Ukay, Ampang

Waktu Operasi : 
Weekday : 12 tengahari - 1 pagi
Weekend : 9 pagi - 2 pagi

Facebook : The Garage KL
Instagram : The Garage KL
Facebook : GAFFE & CO
Instagram : GAFFE COFFEE


Sambil-sambil tu boleh follow instagram Projek Hipster untuk lihat beberapa tempat yang telah diterjah. Kalau nak review cafe, barber, hotel ala-ala hispter ni follow DM di IG tersebut. Sekian...
Viewing all 395 articles
Browse latest View live