Quantcast
Channel: DAUS REDSCARZ
Viewing all 395 articles
Browse latest View live

WW #2 | Gila Selfie @ Trademark ??

$
0
0

Gila Selfie @ Trademark?? 
#akuyangselfiekauyangpanas

Pretz N Beanz Cafe | Rasa kelainan Pretzel dan Pizza

$
0
0
Pretz n' Beanz Cafe| IKANO (IPC)
Selama ni aku pergi IKEA tak prasan plak cafe ni. Padahal selalu je pergi IKEA. Hehe. Mungkin aku masuk dari entrance parking IKEA kot, tu yang tak prasan. Tapi kalau masuk dari Ikano pasti akan terserempak dengan cafe ni dulu. Betul-betul depan link nak ke IKEA. Pretz n' Beanz baru beroperasi Julai 2014. Oo baru lagi, patut tak jumpa hehe. Sekarang dah jumpa boleh singgah-singgah la sini nanti. Ada dua cawangan. Satu kat sini Ikano Power Center (IPC) dan satu lagi kat Solaris Mont Kiara. 
Betul-betul depan link ke IKEA dari IKANO POWER CENTER (IPC) 
Apa yang menarik perhatian aku, hiasan dan susunan dalaman cafe yang menarik dan kreatif. Ruang-ruang yang sangat selesa dan tidak serabut. Kalau bawa family pun rasa selesa.
Cafe ni menyajikan Pretzel dan Coffee sebagai sajian utama. Kalau teringin nak kelainan pretzel boleh try kat sini. Pasti korang tertawan. Lembut dan sedap!! Selain Pretzel ada ada pizza, spagetti, cake & pastry.. Pasti korang tak menyesal datang sini. 

Meh nak share antara favourite dan menu utama kat sini. 

Pretzel
Pretzel Basil Cheese - RM7.50
Pretzel yang paling diminati dan repeat order oleh pengunjung. Memang sedap dip pulak dengan sos dia. Dimakan tidak kira waktu, nak breakfast ke, lunch ke, tea break ke memang sangat sesuai. 
Pretzel Pizza
Pretzel Pizza Hawaiian Chicken 10" - RM22.15
Antara pizza yang terdapat kat sini. Pizza dari Pretz ni jugak lembut dan sedap. Terasa kelainan dari pizza-pizza tempat lain. Masih lagi lembut walaupun dalam keadaan dah sejuk. Yelah kalau lepak lama-lama mesti pizza akan jadi liat kan sebab dah sejuk. Tapi yang ni still boleh dikunyah macam biasa. Haha.. Tak caya sila try...

Pretz n' Stew
Green Curry Chicken - RM17.90
Pretz n' Stew !! Haa ni menu yang paling sedap dan sedap sangat bagi aku.. Sangat-sangat recomended. Bila aku cicah je pretzel dia dengan green curry tu, fuhh.. rasa nak cicah dan cicah lagi. Perghh masih terasa kat mulut. Nyummm.. Pretz n' Stew ni rasanya tak pernah lagi jumpa kat mana-mana cafe. Ni cafe pertama yang buat menu ni. Wajib cuba.
House Blend
Green Tea Latte - RM11.90, Caffe Mocha - RM12.00, Caffe Green Mint Mocha - RM13.90

Ni antara menu favourite house blend Pretz n Beanz. Yang sangat direcommended  | Green Tea Latte. Memang halus dan sedap. Lagi satu dia punya presentation tu yang buatkan aku bertambah selera nak minum. Lepak dengan secawan kopi. Slrrrppp!!

Cake & Pastry
Volcano Chocolate Cake With Ice Cream - RM 13.65
Alahai.. kalau tak test menu CAKE & PASTRY memang rugi. Dapat Volcano Chocolate Cake with Icecream ni pun cukup lah. Memang memeleh bhaii.. Perghh sedap giler kot. Makan coklat kek dengan coklat leleh dalam mulut. Gilerr terpukau kejap. Kepada peminat coklat ni, aku syorkan wajib cuba. 

Jom jamu mata dengan menu-menu dari Pretz n' Beanz | klik gambar untuk besarkan.
Ada lagi, menu lain, Spageti, filled Pretz lagi. 
Okeh cukup di sini review aku. Dapat makan pretzel dan pizza aku dah kenyang dah. Next time boleh repeat pulak. Ingat nak try kat Solaris pulak. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh riki-riki info bawah ni. 


www.pretznbeanz.com
Facebook : Pretz n' Beanz Cafe
Tel : 03-7732 0175

G23, Ground Floor,
IPC Shopping Centre,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Pretz n' Beanz juga ada berkoloborasi dengan FoodPanda. Boleh delivery online. Selamat mencuba dan menjamu. Nanti ingat IKEA ingat la pretzel. 

LEGO FERRARI SHELL SIRI 2 Kembali lagi !!

$
0
0
Setelah hampir 2 tahun menyepi, kini Lego Ferrari Shell SIRI 2 2015 datang lagi. Kali ni dengan pelbagai lagi koleksi terbaru dari Ferrari yang semestinya barangan Official FerrariWow sesuatu yang harus dimiliki buat peminat-peminat lego menambah koleksi-koleksi Lego Ferrari. 
Lego Ferrari siri 1[klik], aku dapat kumpul lengkap semuanya. Siap dengan box lagi. Tahun ni?? Agak boleh kumpul tak agak-agaknya. 
List-list LEGO FERRARI untuk dikumpul dan tarikh keluaran 2015

  1. 40190 Ferrari F138 – 1 November 2015
  2. 40195 Shell Station – 8 November 2015
  3. 40192 Ferrari 250 GTO – 15 November 2015
  4. 40191 Ferrari F12 Berlinetta – 22 November 2015
  5. 40193 Ferrari 512 S – 29 November 2015
  6. 40194 Finish Line and Podium – 6 December 2015
  7. 40196 Shell Tanker – 13 December 2015

Macam mana nak collect Lego Ferrari Shell ni? Mudah je, korang isi minyak di pam SHELL minimum RM40.00. Kalau isi 
RON97 + RM9.90 (each)
RON95 & Diesel + RM13.90 (each)
SHELL HELIX ULTRA + RM9.90 (each)

Okeh selamat mengumpul. Tarikh promosi bermula 1 November 2015 sehingga 31 January 2016. Kumpul jangan tak kumpul. Aku dah ada 1.. Next entry ya.. 

Sumber gambar dan details dari http://jaysbrickblog.com/2015/11/02/shell-ferrari-lego-series-2-promotion-begins-in-malaysia/

Lego Ferrari F138 | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

$
0
0
#1 40190 Ferrari F138 – Keluaran 1 November 2015 | keluaran pertama


Koleksi pertama aku dari Lego Ferrari Shell Siri 2. Haa kebetulan sangat minyak kereta tinggal 2 bar je. Memang elok sangat la nak pergi isi. Haha Laju je aku pergi Shell. Aku memang minat mainan Lego ni. Lego Ferrari pulak tu. Bukannya ada jual kat luar ni. Edisi terhad kot. Memang kena dapatkan la jugak koleksi ni. Nanti abis.. Jom
40190 Ferrari F138 - Keluaran pertama dari Lego Ferrari Shell Siri 2. 
Paket lego ferrari yang baru dapat dari Shell. Saja try tanya boleh ke beli saja tanpa isi minyak. Memang jurujual tu tak kasi la. Haha.. Kena jugak isi minyak minimum RM40. Pastu baru boleh beli Lego. Kalau isi minyak RON97 tambah RM9.90 untuk satu lego, kalau isi minyak RON95 kena tambah RM13.90 untuk satu lego. 
Dah siap pasang. Terlupa pulak ambik gambar sebelum pasang. Haha nampak sangat teruja nak pasang. Yang ni kejap je pasang. Tak sampai 10 minit siap.
Apa macam? Nampak cool tak? nampak exclusive kan... Tu yang nak simpan buat koleksi tu. Semart doh.. Official Ferrari product tu.. Okeh jangan lupa dapatkan Lego Ferrari F138 dari stesen pam minyak Shell terdekat.

Kalau nak tau tempoh promosi dan jadual keluaran lego-lego selanjutnya klik sini. Lego Ferrari Shell Siri 2 

Menang Peraduan Lego #MoveLikeANinjaGo

$
0
0
Alhamdulillah!!! rezeki-rezeki... Aku menang peraduan bak ang! Peraduan Lego #MoveLikeANinjaGo | dapat hamper 4 set Lego NinjaGo bernilai hampir RM600. Wow.. syukur-syukur, memang tak sangka la dapat menang. Memang la ada menaruh harapan tapi tak nak la taruh sampai 100%. Takut kecewa nanti. Masa dapat announcement tu aku rasa macam tak percaya je. Eh, betul ke ni? Haha
Nah email dari penganjur...
Aksi ni telah memenangi 1 daripada 3 hadiah yang dipertandingkan. Watak Akif menjadi NinjaGo. #MoveLikeANinjaGo . Banyak aksi rakam masa ni. Take 5,6 scene gak sebelum post. Hehe.. Ala-ala video shooting, time tu ramai pulak budak-budak turun taman. Akif mula malu-malu haha.. tapi gigih jugak nak dapatkan hasil. Berbaloi usaha hari tu.. Tahniah Akif.. 
Aku baca email suruh collect prize, terus check lokasi. Tengok-tengok lokasi collection tu dekat je dengan ofis dalam 6km je. Aku apa lagi. Rempit la pergi ambik. Excited sebenarnya, tu yang tak sabo nak ambik.
Haaa tu diaaaaa, 4 set Lego NinjaGo.. Fuhh rambang mata kejap tengok. Kalau beli sendiri memang tak mampu la. Brand LEGO plak tu. 

List set NinjaGo:  
Lego Ninjago 70736 Attack of the Morro Dragon (Kotak besar sekali)
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike (Kotak kiri)
Lego Ninjago 70730 Chain Cycle Ambush (Kotak Atas skali)
Lego Ninjago 70743 Airjitzu Morro (Kotak kanan)

Yang nombor atas ni, kod-kod Lego NinjaGo ni. Kalau nak google taip je Lego dengan kod tu. Akan jumpa la macam-macam info dan image lego tu nanti. 
Ni dia budak paling happy skali... Semua untuk Akif!!!! No No No (sambil goyang-goyang jari telunjuk) ... Ini semua BABAH yang punya hahaha bergaduh kejap, berebut. Akhirnya dapat sorang dua (adil).. Kekekeke yang besar ofkos la aku punya. Perghh kalau beli almari display ikea ni memang sesuai sangat lah dok dalam tu. Tunggu la Ikea Cheras buka nanti boleh cari kat situ. | Koleksi Lego

Persoalannya bila nak pasang lego-lego ni... Haha yang Airjitzu Morro tu dah siap (tunggu entri) Yang 3 lagi malam ni atau esok atau lusa... Nak pasang kena rilek-rileks... tak leh kelam kabut, baru ada feel.. K la mohon diri dulu.... 

Terima kasih kepada penganjur Peraduan #MoveLikeANinjaGo. Terima kasih kepada juri yang memilih instagram aku. www.instagram.com/red_scarz 

Airjitzu Morro Flyer | Lego NinjaGo

$
0
0
#1 Lego 70743 Ninjago Airjitzu Morro Flyer

Okeh jom pasang lego. Start dari yang paling senang dulu. Okeh ni satu dari empat set lego yang menang hari tu. Ni dipanggil Airjitzu Morro Flyer. Lego ni memang untuk main ni. Bukan untuk display saja-saja. 

Ok ni part yang nk kena pasang. Senang. Tak banyak pun. Tak sampai 10 minit siap.
Tu nampak gambar kat kotak tu. Cara-cara nak main. Nak bagi terbang boleh, nak buat gasing boleh, nak bagi terbalik, melintang semua boleh. Aku check ada kat youtube trick nak main.
Semalam main dengan Akif kat taman, aku spin kan bagi terbang. Tinggi gak boleh naik. Rasa 2 tingkat gak. Nak tengok Akif main boleh check link insta ni. Akif main Airjitzu Morro FlyerBest layan mainan ni. Tapi kena hati-hati takut terkena orang lain. Kalau main kat rumah takleh spin bagi terbang. Buat cam gasing je boleh la.. Lagi satu yang aku pelik dan puas hati, lego ni tahan lasak. Main la berdentum jatuh atas simen, elok je lagi haha. Tempat pemegang tu pun tak tanggal masa main tu. Fuhh patut la brand LEGO ni mahal. Kualiti dan tahan lasak. Layannn...

Blaster Bike | Lego NinjaGo Set

$
0
0
#2  Lego Ninjago 70733 Blaster Bike

Lego ke-2 siap dah pasang. Cukup sejam aku pasang, berpinau mata kejap tapi minat punya pasal takde hal lah.. Okeh sedikit info pasal Blaster Bike ni. Sebuah transport (moto) ninjago yang ada dual senjata api sebelah kiri dan kanan. Digunakan oleh Cole untuk melindungi Aeroblade!

Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Part-part lego yang nak dipasangkan. Boleh tahan banyak. Ada 212 pcs nak kena pasang.
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Masa ni dah 90% siap. 
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Dah ditutup bahagian atas depan. Tinggal nak pasang sticker dengan ekzos. 
SIAP!!
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Smart giler. Siap dengan sticker-stiker. Mula-mula aku pelik tengok gambar kat box boleh tembak tapi kat mana nak tekan. Rupa-rupanya memang boleh tembak pun. Ada teknik dia.. 
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Ghost Dragon
Yang ni Akif pasang sendiri. Aku dah settle pasang Blaster Bike, Akif pulak sambung pasang Ghost Dragron. Not bad, pandai dia pasang. Sama-sama minat lego. Hehe.. 
Lego Ninjago 70733 Blaster Bike
Cole & Ghost Warrior Cowler
Minifigurine yang dapat sekali dalam set ni. Cole & Ghost Warrior Cowler. Untuk mengenali siapa Ninja Cole [klik sini] atau Ghost Warrior Cowler [klik sini] Nak tengok selingan short clip Cole kejar Cowler dengan Blaster Bike [Klik sini] Ohsemm siot.. Layannn...

Lego Shell Station | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

$
0
0
    #2 40195 Shell Station – 8 November 2015 | Keluaran Minggu Kedua



    Lego Shell Station keluaran minggu kedua dari Lego Ferrari Shell Siri 2. Minggu-minggu ni memang cerita pasal LEGO je la aku. Jangan marah ya. Kalau suka kasi LIKE banyak sikit. Haha. Lego ni dapat semalam, panas-panas lagi dari dalam kotak. Yelah semalam baru kuar je lego Shell Station ni. 
    Lego Shell Station
    Brand New Pack dari Stesen Minyak Shell 
    Lego Shell Station
    Part-part lego untuk dipasang. Aku rasa berbaloi beli Lego Shell Station ni pasal banyak part dan saiz besar. Harga murah plak tu. 
    Lego Shell Station
    Telah disiapkan tapak Shell Station 
    Lego Shell Station
    Bumbung pun dah siap tinggal nak combine je lagi. 
    Lego Shell Station
    Siap! 
    Pista di Fiorano Shell Station 
    Lego Shell Station
    Lego Shell Station
    Lego Shell Station
    Smart tak?? Station minyak pun smart.. Haha.. Baru combine dengan Ferrari F138 dah nampak menarik. Belum lagi dapat kumpul semuanya.. Fuhh mesti menarikkk!!! Layan abiss...
    Lego Shell Station

    Untuk check next keluaran boleh klik sini : Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2
    Keluaran Lego Shell Minggu Pertama : Lego Ferrari F138

    Chain Cycle Ambush | Lego Ninjago Set

    $
    0
    0
    #3 Lego Ninjago 70730 Chain Cycle Ambush

    Lego NinjaGo Set ke 3 dari 4 yang aku dapat tempoh hari. Yang ni dipanggil Chain Cycle Ambush. Total 298 pcs untuk di pasang. 

    Chain Cycle Ambush
    Brand new pack tak buka lagi. Total 3 packs
    Chain Cycle Ambush
    298 pcs je tak banyak. Sejam siap ni. 
    Chain Cycle Ambush
    20% loading....
    Chain Cycle Ambush
    25% loading....
    Chain Cycle Ambush
    Chain Cycle Ambush
    80% loading...
    Chain Cycle Ambush
    Sikit lagi nak siap. Dah pasang tayar depan. 90% loading....
    Chain Cycle Ambush
    100% Complete... Siap!!! 
    Chain Cycle Ambush
    Fuhh semart der.. Dah macam ghost rider punya bike dah. Ni yang aku mula teruja dengan barangan & brand LEGO. Adeh jangan buat aku terjebak. LEGO mahal sangat, tak mampu nak beli. Ni pun kalau bukan hadiah memang tak beli la. 
    Chain Cycle Ambush
    Ambik kaw.. berduri-duri tayar. HAHA
    Chain Cycle Ambush
    Siap boleh tembak-tembak lagi.. Nampak tak peluru dalam kotak tu. 
    Chain Cycle Ambush
    Wrayth , Zane, Aeroblade & Pyrrhus
    Dalam set Chain Cycle Ambush ni ada Zane, Wrayth, Pyrrhus, Aeroblade. Zane dapat sekali dengan rider dia. Jom layan watak-watak mereka dalam Lego NinjaGo.
    Airjitzu Zane
    Wrayth
    Pyrrhus

    Layan video clip Chain Cycle Ambush


    Ok dah selesai cerita part 3 ni. Next entri Lego Ninjago | Attack of the Morro Dragon. Lego ke 4 dan yang pasti agak mencabar. Sejumlah 658 pcs lego untuk dipasang. Rekod baru aku, pasang pcs lego yang paling banyak sekali. Mampukah aku pasang lego ni? Atau tersekat di tengah jalan?...dan brapa jam pulak nak siapkan lego 658 pcs ni. Tunggu!!! 

    Attack of the Morro Dragon | Lego Ninjago Set

    $
    0
    0
    #4 Lego Ninjago 70736 Attack of the Morro Dragon


    Set terakhir dari 4 set Ninjago yang menang hari tu. Fuh set ni paling mencabar sekali. Kotak besar kot. Dan aku pecah rekod sendiri dengan memasang sejumlah 658 pcs lego.Banyak tu!!! Fuhh sapa tak gigih memang tak siap. Dekat 3 jam aku pasang. Lama tak? Lama sangat kot. Lenguh satu badan pasang banyak-banyak ni. Tapi bila dah siap, memang terasa nikmat tengok hasil. 
    Attack of the Morro Dragon | Lego Ninjago 70736
    Attack of the Morro Dragon
    Brand new dengan 5 pack plastik tak buka.
    Attack of the Morro Dragon
    Attack of the Morro Dragon
    Amekkk kaw.. Hilang sebiji mau menangis ni. Yang pasang berejam tu bukan apa, nak mencari tu, yang kecik-kecik tu, terselit, tersembunyi la, terbalik la, bentuk sama tapi tak serupa. Paling tension kalau cari tak jumpa. Risau je hilang atau tak cukup. Kalau tak cukup memang boleh game over. Tapi setakat ni aku pasang LEGO-LEGO NINJAGO ni, takde lagi part yang tak cukup. Lebih lagi ada. Yang penting cari sampai jumpa.
    Attack of the Morro Dragon
    Perlahan-lahan kayuh. Jangan gelojoh. Step manual yang diberi sangat mesra pengguna. Step 1,2 satu muka surat. Satu-satu dia nak kita follow. Manual tebal kot.
    Attack of the Morro Dragon
    Dah nampak rangka dah. Naga Morro. Dekat sejam setel rangka ni. 
    Attack of the Morro Dragon
    Pasang kepala pulak. Belum bercantum lagi tu.
    Attack of the Morro Dragon
    Siap cantum kepala dan ekor. Pasang kaki pulak. Lupa plak nak amik gambar pasang kaki. 2 kaki depan 2 kaki belakang. 
    Attack of the Morro Dragon
    Pasang sayap pulak. Sepasang kiri dan kanan. Nak abis dah.. Masa ni mata dah bling-bling dah. Kalau tak siapkan nanti  risau part-part hilang nanti. 
    Attack of the Morro Dragon
    Yahooo setel pasang Naga. Naga oh naga besarnya kaw. Puas hati, berat plak tu. 
    Attack of the Morro Dragon

    Attack of the Morro Dragon
    Fuhh lega rasanya dapat pasang semuanya. Ada Kai, Jay, Chain Master Wrayth, Evil Green Ninja, Ghost Warrior Cowler, Ghost Warrior Yokai. Dah 4 set aku pasang dah macam kena pukau je. Takkan nak terjebak dengan LEGO kot. Teruja pulak dengan LEGO ni.

    Untuk pengetahuan umum boleh bacasiapa watak-watak  mereka ini Character dalam NinjaGo Wiki boleh klik terus kat bawah ni. 

    KAI,
    JAY,
    Chain Master Wrayth,
    Evil Green Ninja
    Ghost Warrior Cowler,
    Ghost Warrior Yokai, 

    Layan klip video Attack of the morro dragon klik sini

    Kalau minat boleh baca 3 set Ninjago yang aku dah siap pasang.
    1. Chain Cycle Ambush 
    2. Blaster Bike
    3. Airjitzu Morro Flyer

     Wishlist aku kalau mampu.. | mampu tengok je kot.. 

    Ferrari 250 GTO | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

    $
    0
    0
      #3 40192 Ferrari 250 GTO – 15 November 2015 | Keluaran minggu ke-3

      Produk ke-3 dari Lego Ferrari Shell Siri 2. Ferrari Biru Kuning, 250 GTO. Dah dapat hari ahad tu jugak cuma lambat sikit nak post. Nampaknya merchandise official dari Ferrari ni makin hangat dan laris di pasaran. Yang keluaran minggu pertama dan kedua, banyak stesen minyak SHELL yang dah kehabisan stok. Tak leh tunggu lama-lama. Yang peritnya nak isi minyak tu. Kena isi minimum RM40 baru dapat beli item. Tapi kalau alang-alang minyak kereta dah tinggal 1,2 bar memang berbaloi la. 

      Ferrari 250 GTO
      40192 Ferrari 250 GTO
      Antara Ferarri yang T E R M A H A L katanya... 
      Brand new pack belum buka lagi. Satu-satunya lego Ferrari warna biru keluaran siri kedua ni. 
      Ferrari 250 GTO
      Tak banyak pun part nak kena pasang. Sikit je, 10 minit siap ni. 
      Ferrari 250 GTO
      70%loading....... 
      Ferrari 250 GTO
      Ferrari 250 GTO
      Okeh siap!! Fuhh macam biasa koleksi-koleksi Lego Ferrari memang smart-smart semuanya.. Nah kasi close up sikit.. 
      Ferrari 250 GTO

      3 dah dapat lagi 4 item lagi nak kena tunggu. Lambatnya rasa... 
      Okeh, next keluaran (minggu ke-4) F e r r a r i F12 B e r l i n e t t a pada 22 November 2015. Stay tune. 

      So nak tengok koleksi lepas dan next jadual keluaran klik sini

      Wich Day | Boutique Cafe di Cheras

      $
      0
      0
      W i c h D a y C a f e | S a n w i c h C a f e
      Minggu lepas aku dan Lan Careno lepak kat cafe ni. Cafe ni terletak kat Taman Connaught Cheras dan tak jauh dari rumah aku. Lokasi cafe bertentang dengan tapak pasar malam. Tau kan pasar malam taman Connaught ni. Okeh cafe ni antara Boutique Cafe di Cheras. Aku baru first time pergi sini dan jom tengok apa yang menarik kat cafe ni.
      WICH DAY CAFE | SANWICH CAFE
      Okeh first of all, cafe ni aku panggil boutique cafe sebab menampilkan dekorasi berkonsep moden. Mula-mula aku sampai tengok tengok dari luar tak nampak macam cafe atau restoran. Haha..Tapi bila masuk je dalam ni teruja kejap.. Wwaaaa cantiknya cafe ni. Menariknya dekorasi kat dalam ni. 
      Wich Day Cafe
      Comel tak? Cun sangat susunan dan dekorasi dalam ni. Memang menawan hati kalau singgah sini. Okeh Wich Cafe ni menyajikan pelbagai menu mengikut kategori antaranya Salty Butter Toast, Wok & Pan, Sweet Butter Toast, Soup & Salad, Sandwiches, Pancake & Dessert  dan BeveragesBanyak jugak pilihan kat sini. 
      Jom makan!!!
      Wich Toasting Day @ RM14.90
      Roti yang didatangkan dengan salad, kepingan ayam, telur mata, cendawan butang dan kacang merah. Dituang pulak dengan sos specialnya. Memang sesuai kalau buat breakfast ni..
      Cheese Chicken baked Bolognese Spaghetti RM12.90
      Bolognese Spaghetti ni memang sangat sedap. Sangat recommended. Sos tomato yang dibuat sendiri oleh Wich Day. Dicampur dengan ayam cincang. Rasa yang buat aku nak repeat. Ini kalau anak aku makan boleh abis sepinggan ni. 
      Cheesy Strawberry Banana Toast - RM15.90
      Yang ni pun sedap. Roti disaluti dengan cheese dan ditopping dengan strawberi dan pisang. Ditabur pulak dengan gula halus disekeling. Ini kalau buat minum petang memang best ni.. 
      Mr. Dinosaur ( Chocolate Chip Pancake ) - RM14.90
      Mini pancake dihidangan dengan coklat crunch, sirap maple, campuran coklat dan coklat mint aiskrim. Sedap bak ang.. Makan pancake dengan coklat pastu aiskrim plak tu. Ini kalau budak-budak mesti suka ni. Coklat pun banyak. Makan pancake yang lembut pastu terasa crunchy coklat.. Sedap..
      Ms Pinky ( Rose Pancake ) - RM13.90
      Yang ni pun mini pancake jugak, tapi yang ni dihidangan dengan potongan laici, strawberry, sirap maple dan aiskrim raspberry. Serius aku suka yang ni. Pasal ape, gabungan pancake dengan manisan laici & strawberry dengan aiskrim... Nikmat sekali. Makan pancake kan kena ada manisan. Baru terasa kenikmatannya.. 
      Layan... favourite masing-masing. Ada banyak lagi dalam menu. Tapi ni antara signature Wich Day Cafe.

      Dan...


      Special Toast kat sini ialah...

      Pandora Box - RM18.90
      Wow besarnya..sekali datang tengok Bread Box dengan Aiskrimnya, Marsmallows nya serta buah-buah. Macam mana nak makan ni. Besar sangat, sayang pulak nak makan, comel sangat hihi.. Okeh nak tunjuk cara makan ni, mula-mula ambik pisau belah kat sudut hujung tu. Tengok bawah ni.. 
      Haa nampak tak? Tepi-tepi tu potong dulu buat macam pintu masuk haha. Terbuka je dinding roti tu... Suprise!! dalam tu ada kepingan-kepingan roti keemas-emasan yang telah disalut madu dan ditoaskan. Ala-ala runtuhan batu bata dengan larva melting (aiskrim) kan.. Makan dengan aiskrim tu. Perghhh memang sedap sangat. Saiz Pandora Box ni boleh 3 orang makan. Yang ni jugak recommended. Lepak santai memang sesuai..
      Hot Rose Latte - RM10.90 & Hot Hazelnut Latte - Rm10.90
      Dalam beverage juga ada pelbagai pilihan minuman. Ada kategori Coffee, Milk, Tea, Chocolate, Soda, Blended, Float dan Others. Pening nak pilih bebanyak ni, so minta kat Wich Day Cafe recommend yang sedao antara favourite customer. Maka pilihannya Hot Rose Latte dan Hot Hazelnut Latte. Tengok gambar pun tau sedap. Dan first time aku tau petal bunga ros tu boleh dimakan. Ngeee....

      Okeh setel makan dan minum, kenyang yang amat. Aku rasa semua yang aku makan ni memang berbaloi.. Sangat-sangat recommended. Harga pun berpatutan dengan setiap menu. 

      Okeh, lagi satu untuk info, Wich Day menerima tempahan untuk beberapa event seperti birthday party, gathering dan lain-lain. Yang ni kalau nak tau lanjut boleh call atau email terus ke maklumat contact  bawah ni. 


      Wichday Cafe
      195, Jalan Sarjana,
      Taman Connaught,
      56000 Cheras,
      Kuala Lumpur.
      Contact: 012-2149061 (Business hour only)
      Email: wichdaycafe@gmail.com
      Facebook: fb.com/WichDay
      Instagram: @wichday

      Waktu Operasi:
      Mon - Fri: 11:00 am - 7:00 pm
      Sat - Sun: 11:00 am - 5:00 pm

      Kelebihan JUZFIT Mixed Fiber Juice

      $
      0
      0
      Boleh kata setiap tahun aku cuba menurunkan berat badan dan hasil boleh la, tak turun banyak tapi longgar jugak la seluar aku haha.. Tapi masalahnya sekarang aku lemah sikit bab nak menten berat tu. Tau la kan makanan kat Malaysia ni sedap-sedap haha..  Sampai tak tau nak makan apa. Workout tu workout jugak last-last berat naik balik. Sambil workout tu aku usha gak beberapa produk untuk turun berat badan dan untuk menten. Ada 2,3 yang aku dah try tapi masih belum tercapai cita-cita nak kurus. 

      Akhirnya aku bertemu dengan J U Z F I T Mixed Fiber Juice. Apa Juzfit tu? Kenapa aku pilih Juzfit. Apa kelebihan JUZFIT Mixed Fiber Juice ni? Haa meh tengok kelebihan Juzfit ni..
      JUZFIT Mixed Fiber Juice
      JuzFIT adalah formulasi dari 100% bahan semula jadi campuran buah-buahan seperti Garcinia Cambogia, Acaiberi, Prun, Kurma khusus untuk kecantikan dan kesihatan. Khasiat serta manfaat pengambilan Jus Diet ini terbukti membantu proses penurunan berat badan serta amat digalakkan sebagai pelengkap diet harian anda. 

      Kelebihan JUZFIT ialah membantu:

      •  Membakar lemak 200% lebih effektif
      •  Mengawal selera makan dan anda akan merasa tidak selalu lapar
      •  Menambah tenaga anda
      •  Membaiki sistem pencernaan (lawas)
      •  Meningkatkan imunisasi badan
      • Sebagai anti oksidan dan mengoptimalkan proses detox

      • Perut terus KEMPIS 
      • Muka Sentiasa Segar dan Tidak Kusam


      JUZFIT merupakan formulasi terbaik dengan  gabungan 7 estrak buah-buahan semulajadi serta makanan sunnah untuk diet yang sihat. Antaranya gabungan

      ACAIBERI, KURMA, GARCINIA CAMBOGIA, PRUN, WHITE KIDNEY BEANS sememangnya gabungan yang mantap



      Cara pengambilan:
      • MUDAH. TIDAK PERLU BANCUH. HANYA 2 SUDU SEHARI. PAGI DAN MALAM.
      • TIADA KESAN SAMPINGAN!!

      DIJAMIN HALAL

      Tengok tu, kelebihan Juzfit yang pertama, bakar lemak 200% ni kalau workout, lagi burn la lemak aku cepat lagi la proses penurunan berat badan aku, yang kedua kalau aku nak menten senang dah sebab dengan minum Juzfit, selera makan akan berkurang dan merasa tidak lapar so takde la aku keje nak makan je.. Hehehe..

      Ketiga menambah tenaga, tak semestinya nak turun berat badan je. Kesihatan jugak perlu dijaga, kalau kurus tapi tak bermaya pun tak best gak kan. Seterusnya, semua bertujuan untuk menjaga kesihatan. Lagipun sekarang macam-macam penyakit. Jadi apa salahnya try produk JUZFIT ni. Tak semestinya untuk menurunkan berat badan saja, tapi untuk menjaga kesihatan jugak. Dan yang pasti Produk ni dijamin HALAL.
      Untuk makluman, JUZFIT Mixed Fiber Juice ni telah berwajah baru. Tampil dengan lebih menarik dan menawan. Menarik bukan???Jangan tunggu lama untuk dapat tubuh menawan menjadi kenyataan dengan juzfit jus terlajakk menawan ni!

      Harga : RM75.00 sebotol (Semenanjung Malaysia)
      Harga : RM80.00 sebotol (Sabah & Sarawak)
      Sesuai di minum oleh lelaki dan wanita. Namun tidak digalakkan untuk wanita mengandung atau tengah menyusu. 

      Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok details kat bawah ni.

      Website : www.juzfit.com.my
      Facebook : Juzfit Mixed Fiber Fuice HQ
      Instagram : Juzfitofficial

      No Tel : 016-6606890
                    016-6656490

      Meh tengok testimonial aku. Dah 3 hari makan, memang ada terasa kelainan. Macam selera makan berkurang skit. 
      Tu aku kasi tunjuk perut sikit. Haha mana tau lepas ni makin kempis.. 
      Nampak tu, sesudu je setiap pagi dan malam. Lepas tu jangan la melantak sangat yer. Boleh makan tapi berpada-pada la. Hehehe.. Rasa Juzfit ni rasa macam berries-beries sikit. Tak masam, tak manis, rasa buah-buah bila campur sekali.. Okeyla.. Jangan lupa try.. Sama-sama kita jaga kesihatan. Lebih-lebih lagi aku kena menggandakan tenaga aku 100% sekarang ni. Kena jaga keluarga. 

      Koleksi Keychain Lego | Darth Maul Star Wars

      $
      0
      0
      Ada lagi entri dalam draft ni. Ingatkan dah kosong dah..haha, publish je la sikit-sikit. Okeh,
      kalau sebelum ni koleksi lego Fridge Magnet Lego, yang ni koleksi keychain Lego pulak. Yang ni keychain Darth Maul | Star Wars. Cantik keychain ni. Ni pun aku dapat, kalau beli harga dia lebih kurang RM19.90.

      Ni pun kira koleksi Lego jugak kan. Okehla next ada keychain gak.

      Lego Minecraft | Koleksi Lego

      $
      0
      0
      Koleksi Minecraft
       Koleksi Minecraft
      Koleksi Minecraft
      Koleksi Minecraft
      Koleksi Minecraft
      Koleksi Minecraft
      Koleksi Minecraft
      Koleksi Minecraft


      Tambang Baru ERL Express dan ERL Transit 2016

      $
      0
      0
      Assalamualaikum dan salam sejahtera..
      Berhabuk dah blog aku ni. Meh nak sapu-sapu sikit kasi bersih.
      Ni nak bagi info sikit pasal tambang baru tiket erl transit dan erl express. Semua dah maklum tambang tiket erl transit dan erl express ni akan naik dan untuk makluman ia akan berkuatkuasa pada Januari 2016. So nak share jadual harga baru tambang erl ni.
      Tambang baru erl

      Tambang baru erl
      Refer jadual. Sumber dari google.
      Ni yang aku snap dari kaunter tiket hari tu. Nasib baik tak kuatkuasa lagi. Mahalnyaaaa... Aku selalu naik dari Bandar Tasik Selatan (BTS) sebelum ni baru RM26.50 lepas ni RM38.40 !! Perghhh beza banyak kot.. Kalau boleh claim pun kena dahulukan duit dulu. Pergi balik dah RM76.80. Kalau tak boleh claim? Kena hadap jela. Ni aku nak marah ni. Elok sopan je ayat mula-mula tu.. Sekali angin pulak aku. #aptb Bersedialah hadapi zaman penuh cabaran tahun depan. Kena lebihkan penjimatan la lepas ni.. Okeh tu je.

      Ferrari F12 Berlinetta | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

      $
      0
      0
        #4  40191 Ferrari F12 Berlinetta – 22 November 2015 | Keluaran minggu ke-4

        Stok lego Shell Ferrari semua dah ada cuma upload je belum lagi. Yang ni Ferarri F12 Berlinetta. Antara keluaran Ferarri yang paling laju..
        Ferrari F12 Berlinetta
        Ferrari F12 Berlinetta
        Ferrari F12 Berlinetta
        Ferrari F12 Berlinetta
        Ferrari F12 Berlinetta
        Ferrari F12 Berlinetta
        Ferrari F12 Berlinetta
        Next entri keluaran Lego Shell ke #5 siri kedua - Ferrari 512 S 

        Ferrari 512 S | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

        $
        0
        0
        #5 40193 Ferrari 512 S – 29 November 2015 | Keluaran minggu ke-5

        Tengok kereta ni macam Ferrari Klasik je ni.. Memang klasik pun, zaman 70-an. Koleksi ke 5 dari Lego Shell Siri 2. 
        Ferrari 512 S
        Ferrari 512 S
        Ferrari 512 S
        Ferrari 512 S
        Ferrari 512 S
        Next entri aku, koleksi ke 6 dari Lego Shell – Finish Line dan Podium

        Finish Line and Podium | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

        $
        0
        0
          #6 40194 Finish Line and Podium – 6 December 2015 | Keluaran minggu ke-6


          Ini keluaran kedua terakhir. Ada dua item dalam 1 keluaran minggu ni. Garisan penamat dan podium pemenang. Memang berbaloi sebab part lego banyak. 
          Finish Line and Podium
          Finish Line and Podium
          Finish Line and Podium
          Finish Line and Podium
          Finish Line dan Podium
          Next ialah Shell Tanker (last) dan yang ni Limited Edition. Korang rasa aku dapat tak koleksi yang terakhir ni. Fuhh nak tengok aku dapat ke tak tunggu next entri. Benda yang limited edition ni tau la, semua peminat lego, pengumpul lego atau kaki kaki yang nak buat bisnes ni dah ready dah. Tak minat lego pun pulun gak tunggu. Pelik aku. Mungkin saja syok syok kot. Mungkin dah kumpul sebiji dua alang-alang biar kumpul semua. 

          Shell Tanker Limited Edition | Koleksi Lego Ferrari Shell Siri 2

          $
          0
          0
            #7 40196 Shell Tanker Limited Edition – 13 December 2015 | Keluaran minggu 7 (terakhir)
            Detik 12 malam 13 Disember 2015, Stesen Minyak Shell telah pun dibanjiri oleh segelintir peminat dan pengumpul Lego. Fuhh begitu hangatnya keluaran terakhir kali ni. Lego Shell Tanker Limited Edition. Limited punya pasal sanggup beratur panjang. Aku pun terlibat dan terjebak sama. Nak tengok ramai tak ramai tengok gambar bawah ni. 
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Gigih kan aku. Tengah malam pergi cari stesen minyak shell. Harap takde yang fikir negetif plak yer. Sanggup tunggu malam-malam gini. Benda lain tak sanggup buat. Aku sebenarnya pun dah terlupa malam tu dah release Lego Tanker tu. Dapat plak info dari Whatapps group terus la aku menuju ke Shell berdekatan. Sampai-sampai tu dah ramai orang. Baris je la dari tak dapat. Biasa la benda limited ni feel lain sikit. Berbaris nak dapatkan Lego Tanker Shell je pun. bukan dapat 1 jongkong emas. Hehe. Tapi dapat cara begini memang puas. Akhirnya dapat jugak sebiji..
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Haa ni lah dia, Lego Tanker Shell. Pulun nak dapatkan. Haha whatever.. Janji dapat completekan set Koleksi Lego Ferrari Shell siri 2 aku. Kalau tak dapat ni silap-silap kena beli kat luar dengan harga mahal. 
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Lego Shell Tanker Limited Edition
            Apa macam smart tak. Memang berbaloi la dapatkan Lego Shell Tanker ni. Sebab apa, banyak part kot pastu dapat dengan harga RM10 je. Puas hati. 

            By the way, aku puas hati dengan term & condition yang SHELL buat untuk dapatkan Lego Tanker yang limited ni. Wajib beli RON97 RM40 + kena isi dulu kereta dan pastikan isi minyak dulu baru redeem lego + seorang dapat 1 lego. Kalau nak lebih lego kena pergi berbaris lagi. Dan aku suka cara tu, dapat la semua merasa dapat lego. Kalau tak nanti orang depan dah borong silap-silap boleh putih mata berbaris panjang-panjang. 

            Antara kes-kes yang pernah jumpa dalam Facebook semata-mata nak redeem Lego ni. 

            *Siap bertekak-tekak dengan cashier, aku pun tak tau apa kes. 
            *Isi minyak sampai tumpah-tumpah sebab wajib isi Rm40. Kalau tong kecik dan dah penuh tak tau nak buat cam mana dengan belen minyak. 
            * Kes berbaris ni satu hal lah
            * Shell station penuh dengan kereta parking tanpa pemandu. Sebab semua tengah berbaris. Kereta parking pulak dalam petak isi minyak. Orang lain yang nak isi minyak tak beli lego pun terpaksa tunggu dan blur sekejap. Sapa emergency nak isi tu memang kesian la. 
            Kot-kot ada kes lain tu, korang list la dalam komen... begitu la kisahnya Limited Edition...
            Viewing all 395 articles
            Browse latest View live