Quantcast
Channel: DAUS REDSCARZ
Viewing all 395 articles
Browse latest View live

Entri Daus Redscarz antara penghuni halaman pertama | First Page

$
0
0
Gempak giler tajuk. Haha, angan-angan saja itu. Aku rasa Blog DAUS REDSCARZ aku ni biasa-biasa je. Tapi tu la kan bila di'google'kan keyword-keyword ni, semuanya memang ada dalam halaman pertama | First Page! Nak kata cookies tak pasti la. Wow, cuba korang check sama-sama. Kot yang kat aku je first page. Mungkin bukan di first page korang. 
Kat bawah ni aku dah senaraikan. Antara 70-80 percent kemungkinan keyword-keyword yang digunakan. Korang copy dan paste kat google. Tengok betul ke tak..
Cendol bakar port dickson atau Cendol bakar PD
Aiskrim kelapa sedap
mee kolok kl
Mee kolok sedap
Steamboat selayang
Mee tarik kl
Mee kolok terkenal
Nasi ayam cowboy
Ayam masak buluh
Restoran Mohd Chan Abdullah
Restoran sri ayutthaya
Ayam golek haji yusof
Satay willy kajang
Gulai kawah batang pisang kl
Capati kambing
Ni je mampu nak salin. Belum try yang lain. Sekali imbas semua pasal makanan je. Haha blog aku ni dah macam jalan-jalan cari makan daa. Haha.. Okeh la, aku akan usaha lagi.. 

Mesin Kapsul Gula-Gula | Hasil rekaan Aliah

$
0
0
Apakah benda ni?
Sekali tengok apa lah benda ni kan. Permainan budak-budak je ni. Dua kali pandang pun tak nampak sangat. Nampak kotak je. Bila teliti dan baca baru prasan nampak "masukkan duit syiling" Hmm apa agaknya yer.. Nak tau permainan apa ni? Haa ni lah sebuah mesin mainan | mesin kapsul bulat kecik tu. Masuk duit pastu pusing-pusing butang tu, pastu jatuh kapsul tu. Haa rujuk bawah ni.
Mesin Kapsul (rujukan saja, sumber google)
Okeh berbalik semula kepada hasil rekaan Aliah kat atas sekali, ianya hasil rekaan kreatif Aliah. Aku pun tak tau mula-mula apa Aliah buat, minta itu minta ini.. So ini lah hasilnya, sama tapi tak serupa. Mesin kapsul gula-gula. 
Okeh meh nak explain macam mana mesin kapsul gula-gula Aliah berfungsi. Mula-mula masukkan duit syiling. Then pusingkan silinder bulat kat depan tu sampai kapsul gula-gula jatuh. Kapsul akan jatuh ke bawah di tempat lubang disediakan. Wow aku sendiri teruja tengok Aliah me'reka' mesin kapsul ni. Rekaan ni boleh dijadikan prototype | prototaip ni.
Disebalik belakang mesin dan dalam mesin kapsul gula-gula Aliah. Laluan duit syiling, laluan gula-gula Aliah jatuh dan terus ke lubang disediakan (aku tolong modified sikit). Silinder tempat gula-gula, memang sekali pusing abis gula-gula jatuh tapi ia cuma mainan. (perati betul-betul silinder tu, kat bahagian atas ada lubang, so bila dipusing silinder tu sampai lubang tu blah bawah maka jatuh la gula-gula.) Boleh fikir sampai tahap ni.

Dah puas main kat rumah, Aliah hantar kat sekolah untuk sudut pelajaran dunia sains dan teknologi. Aliah caka bukan kerja rumah pun tapi kalau ada hasil kreatif boleh je hantar ke sekolah untuk suka-suka. Sambil tunjuk kat cikgu. Oh ok! Balik sekolah Aliah citer feedback cikgu. Cikgu cakap, dia pun tak terfikir nak buat macam ni. Haha.. Kreatif anak babah ni.. Hari tu pandai melukis, ni merekacipta pulak.. Ada sapa-sapa boleh translate bakat Aliah ni? Mana tau Aliah boleh kembangkan lagi bakat dia.

29 cara untuk kekal kreatif | Motivasi #1

$
0
0
Motivasi #1
Mungkin sesuai untuk seorang Blogger. Just try praktik. Motivasi untuk diri sendiri. 
Sumber Google (klik gambar bagi besar)
No 2. Takde Notebook kita ganti Smartphone.
No 7. Takleh nyanyi dalam toilet orang kata tak elok so kita tukar berendam bawah shower imagine duduk kat air terjun.

Settle.. 

Siap satu entri.. Lalalala...

Layan Kenny Rogers Roaster | Kenny's Honey Glazed Chicken

$
0
0
Alhamdulillah, rezeki hari ni. Member blanjer makan Kenny Rogers Roaster. Berbekalkan kupon Buy 1 Free 1 katanya, aku ikut je la. Tengah-tengah bulan gini gaji dah nipis so jangan ditolak perlawaan. Koh3.
Nah sekeping.. 
Kenny Rogers Roaster | Kenny's Honey Glazed Chicken

Huh, indah khabar dari rupa! Kat gambar nampak roasted tapi yang sampai pucatnyer.. Sedey!! Pucat pun pucat la kena abiskan jugak. Tak baik membazir orang belanja plak tu. 

12 Tips Staying Inspired | Motivasi #2

$
0
0
Motivasi #2

Tips yang sangat berguna untuk semua dan fokus untuk Blogger. Sila baca dan ia sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang blogger. 

Key 5. Fokus-fokus kepada task-task penting. Yang mana perlu didahulukan sila settlekan dulu. Entri-entri job pending sila siapkan dulu. 
Key 7,8,9 memang wajib buat. Rajin searching, bertanya, membaca...
Moga hari ni korang makin bertambah motivate dengan kata-kata semangat ni.

Artikel dari sumber Google!

Selamat Hari Malaysia dari Redscarz

$
0
0
Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia, di mana saja korang berada. Semoga sihat-sihat semuanya. Semoga negara kita sentiasa aman makmur dan harmoni. 

Seperti sedia maklum, negara kita sedang mengalami pelbagai dugaan dan cabaran. Trending of crisis. Terbaru negara kita dilanda jerebu teruk dengan IPU melebihi bacaan 200 di sesetengah tempat sehingga sekolah di arah tutup sementara. 

Walau apapun yang berlaku makan kena jaga. Kita breakfast dulu. 
Nasi lemak UniSuria. Kasi promot sikit. Siap ada link blog kat bungkusan nasi lemak. Satu idea dan strategi yang menarik. Mungkin korang dah prasan lama dah nasi lemak ni, aku je baru jumpa. Taste, boleh tahan la.. sedap jugak kalau sambal lebih lagi sedap.. okeh..

SELAMAT HARI MALAYSIA DAN SELAMAT BERCUTI.

Lexis Port Dickson | antara hotel mewah di Port Dickson

$
0
0
Ini kali kedua aku menginap di Lexis Port Dickson ni. Dulu aku stay kat bawah tu | Chalet atas air. Kali ni aku stay kat tower pulak. Nak rasa gak pengalaman lain-lain. Aku stay tingkat 10 dan menghadap laut | Lexis Seaview. So ini lah pemandangan dari balkoni aku. Kalau melihat matahari terbenam dari sini memang terbaek. Kali ni aku datang tak sempat mengadap matahari terbenam sebab ada urusan lain.
Chalet atas air Lexis Port Dickson
Pemandangan sungguh indah di Lexis Port Dickson
Fuh santai lepak-lepak depan balkoni sambil menikmati udara laut. Angin sepoi-sepoi je. Kalau tengahari agak panas la, kalau petang dan awal pagi memang cun. Okeh meh nak tunjuk sikit bilik aku stay... 
Tudiaaa bilik!!!! Cantik bangat bilik ni. Rasa macam tak nak keluar je dari bilik ni. Hehe, katil ada 2 sebenarnya, kat belakang aku ni ada satu lagi katil. Besar sangat bilik ni, kalau bawa family memang puas hati.
 
Ruang sinki dan bilik mandi diasingkan. Bilik mandi dan tandas juga diasingkan. 
Depan bilik mandi ada bath tub lagi. Memang ohsemm la, kalau anak-anak tengok pasti teruja nak berendam dalam ni... Setakat ni aku baru pergi Lexis PD ni je, belum lagi jejak kaki ke Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Hibiscus Port Dickson. So tak tau apa perbezaan antara mereka-mereka ni.

Boleh baca pengalaman pertama aku kat Lexis PD
Chalet Atas Air Lexis Port Dickson
Chalet Lexis Port Dickson

Ke semua gambar diambil menggunakan kamera SJCAM 5000

WW #1 | Mengurangkan pekerja bukan jalan penyelesaian


Aktiviti yang melegakan Stress | Motivasi #3

$
0
0
Motivasi #3

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sedikit tips untuk mengurangkan atau melegakan stress dalam kehidupan dan kerjaya. Ini antara salah satu alternatif yang bagus untuk release tension. Sikit-sikit pun jadi la. Sila baca
Sumber dari Google
Selamat mencuba. 

Bila mama tukang jahit

$
0
0
Macam ni la bila mama dia pandai menjahit. Tengah musim jerebu sekarang ni tak perlu beli mask | topeng muka dah. Mama buatkan je. Akif dan Aliah possing sebelum pergi sekolah. Haa comel tak? Homemade Mask!! Akif punya siap mask Wak Doyok lagi..Hehe..
Mask ni yang biasa-biasa je, takde anti bakteria tu pun. Cukup sekadar mengelak daripada terdedah kepada menghidu bau asap-asap jerebu ni. Tapi yang ni boleh pakai basuh. Jimat belanja. Corak pun comel-comel.
Antara mask yang dah dibuat. Saja seronok-seronok buat katanya.. Boleh tukar-tukar. Nak tengok mama dia pandai menjahit ke tak boleh usha blog ni. 

www.mystitchycraft.blogspot.com

Apapun kesihatan anak-anak diutamakan. Harap jerebu pulih secepat mungkin. Amin.. 

Akif berlakon jadi Ninja | Photoshoot

$
0
0
Bukan senang nak ajak Akif photoshoot. Akif ni cepat jemu haha.. Tapi semalam mood Akif baik sekejap. Haha puas gak ajak. Akhirnya Akif setuju dengan ajak pergi taman sekali. Dah sampai taman ramai la pulak bebudak, terpaksa cari pot tepi-tepi sikit. Akif mula-mula segan gak, last-last berdesup-desup dia pusing kayu tu. 
Nak jadi macam ninja la kononnya tapi ini je kostum yang ada. Haha jadi la, bergaya dengan face mask mama dia buat untuk pakai jerebu ni. Bila dah pakai dengan baju ada cover kepala tu pun macam ninja gak. Haha.. Yang paling rare tali pinggang hitam tu pakai tali beg. Ini namanya nak cepat, haha.


Kemain Akif. Tapi tengok ninja ni macam tak brapa nak ganas sangat haha..Macam manja je!! Hehe.. Apapun nanti kita photoshoot lagi ya. Kalau dapat kostum lagi menarik ni. Ninja Akif!! Haaaayarkkkkk!!!

***Photoshoot dengan kamera henpon je.

10 Sifat-sifat terpuji sebagai seorang pekerja | Motivasi #4

$
0
0
Motivasi #4

Assalamualaikum selamat pagi dan salam jumaat. Pagi ni aku nak share sikit antara sifat-sifat terpuji kita sebagai pekerja. Tak kira la bekerja dengan kerajaan ke swasta ke. Tak bekerja jugak ambik tau pasal salah satu pasangan korang pasti bekerja. Mungkin kalau korang jadi bos pun nak kena take noted gak. Nak pantau anak buah kan.

Okeh, memang tidak dinafikan menjadi seorang bergelar pekerja ni bukan senang. Bukan setakat datang kerja balik kerja. Pasti akan menjalankan rutin-rutin harian sama ada sama atau berbeza setiap hari. Apapun jenis pekerjaannya kita harus laksanakan dengan baik dan sempurna. Kerja tu kan merupakan satu ibadah.
Sumber dari Google
Key 3, 5, 6 dan 10 merupakan perkara yang wajib diamalkan. Kat mana-mana agensi pun. Kita sebagai Blogger ni pun. Jangan riak dengan pencapaian kita sekarang ni. Baru Up sikit dah menyombong. Pastu kejujuran tu penting. Dah korang baca sendiri tanam dalam hati. Aku sampaikan sama sama kita praktik. 

DHERBS GALA DINNER 2013 | #throwback

$
0
0
Tak sangka dulu-dulu dipanggil untuk photoshoot VVIP. Masa tu aku ingatkan shoot orang biasa-biasa je. Aku bukan photographer profesional pun.. Kot saja-saja shoot ke. Dengar macam majlis besar tapi takkan takde photograher yang cover event. Last-last baru aku tau, aku kena cover personal VVIP. Korang tengok korang tau dah sape kan.. Fuhh teruja lak rasanya. DHERBS Gala Dinner tahun 2013. Lama dah tu..  
bersama pengasas MEGAH PERAWAN (Reena Zack) & pengasas DHERBS (Dato' Aliff Syukri Kamarzaman)
DHERBS Terlajar Laris
Masa ni yang perkenal aku untuk photoshoot ni pun member atas member. Sekerang ni member ni dah berjaya jugak dalam bidang kosmetik macam dorang ni gak. Fuh hebat-hebat.. Begitu la #throwback aku.. Kbai..

Resepi Jala Mas | Bila abang sado jadi Chef

$
0
0
Ini bukan program MasterChef yer, ini demo saja. Adegan "bila abam sado masuk dapur dan buat kuih jala mas". Kuih jala mas yang terkenal kat negeri Kelantan. Memula Chef yang tunjuk cara-cara masak kuih jala mas pastu dia offer sapa volunteer nak cuba. So aku yang dok depan ni bersemangat la nak cuba. So mari kita tengok aksi-aksinya.
Mula-mula kita... bla bla bla pastu kita bla bla bla.. ini lah cara membuat jala mas.
Chef tu skodeng je dari belakang. "Ada bakat budak ni", bisik chef dalam hati.
Meh tengok hasil jadi tak??
Haaa tudia, menjadi bak ang.. Walau tak profesional tapi tetap ada rupa jala mas. Apapun senang sekali buat kuih jala mas ni. Resepi sangat mudah dan senang.
Hiasan kuih jala mas yang telah siap. Menarik kan!

Meh nak share resepi dan cara buat kuih jala mas.

Resepi Jala Mas
Bahan-bahannya:
1. Telur itik atau telur ayam kampung
2. Gula pasir

Itu je.. Hah biar betul guna dua bahan ni je. Telur tu pun nak kuning dia je, putih tak mau. Hmm.. ok cakap banyak lak.

Mula-mula buat air gula dulu. Panaskan air dalam periuk dan masukkan gula. Panaskan sehingga mendidih.

Pecahkan telur dan ambik kuning sahaja. Pukul pecah kuning sehingga sama rata. Masukkan ke dalam plastik yang macam kon tu. Yang orang slalu letak icing tu. Buat lubang halus je.

Ok pastu air gula tadi dikecikan api atau sedang sedang. Tak nak menggelegak sangat.

Pastu ambik plastik yang ada telur tadi tu picit perlahan-lahan. Ikut kan step dia kena pusing-pusing periuk tu. So nanti nampak macam jala.

Biarkan kejap je dalam 30 saat cam tu angkat dari dalam periuk guna chopstik. Siap untuk dihidang. Siap..

Sila refer gambar. Aku nak cerita pun tak pandai..haha...
***Kenapa telur itik? Sedap kuning telur itik lebih terang dari telur ayam.

Perbezaan antara orang yang BERJAYA dan GAGAL | Motivasi #5

$
0
0
Motivasi #5

Assalamualaikum semua, aku harapkan semua sihat walafiat. Apa perancangan korang semua? Aku harapkan semua urusan korang dipermudahkan. Nak tanya sikit. Apa motif korang berblogging? Cukup sekadar bercerita? Cukup sekadar diari kehidupan atau korang mahu lebih? Mahu jana kewangan dengan blogging? Dapat kepuasan bila berblogging? Macam aku, mula-mula berblog dulu cukup sekadar bercerita, aku tak tau pun sebenarnya blogging ni punyai skop yang luas. 

Bila dah tau serba sedikit pasal blog ni, aku mula pasang impian. Impian ni biar aku sorang je tau. Besar kecik ke tak penting. Perjalanan masih jauh dan berliku-liku. Tapi nak mencapai impian ni banyak benda yang memoral-downkan aku. Aku kadang-kadang give up! Aku tolak banyak peluang. Apa apa pun jom tengok dan ZOOOOOOM sikit, kita kaji mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal!!!!!!! Kat mana punca yang menyekat perjalanan kita..
Perbezaan antara orang yang BERJAYA dan GAGAL | Different between Successful People and Unsuccessful People -Sumber Google
Nak berjaya kena belajar dengan orang yang berjaya dan tak tamak ilmu pengetahuan. Nak berjaya kena kikis sikap negatif. Jangan sekat ! Jangan sempitkan pemikiran !
Rumusan aku satu je.
"Keypoint to success is support each other!" 

Aliah & Akif kurang sihat

$
0
0
Semalam dah prasan dah Akif batuk tapi batuk biasa-biasa je. Malam tadi sebelum tido nampak macam teruk sikit tapi Akif masih aktif. Dah tido malam tu pun batuk-batuk. Aliah semalam selsema sampai nak tido hidung sumbat la bagai. Sok sek sok sek .. kesian tengok takleh tido. Aku sapu minyak cap kapak kat hidung sikit pastu kat belakang dia. Suruh tido bantal tinggi skit last-last tido jugak terlelap. So pagi tadi angkut dorang berdua ni bawa pegi klinik. 

Hari Ahad tau la, payah gak nak cari klinik buka. Lagi pun kena cari klinik panel, ada klinik buka tapi bukan panel. Last last jumpa gak, kat luar klinik takde logo panel tapi aku try tanya klinik terima tak. Alhamdulillah klinik kata boleh. Bawa la Akif dan Aliah check up. 

Doktor cakap pernafasan Akif kurang ok. So kena bagi sedut gas @ nebulizer. 
Kakak tolong Akif pegang alat gas tu. Akif tengah sedut gas pun tak nak lepas henpon tu. Grrr.. Kakak selsema je, tak demam. Dapat ubat terus balik.. Babah doakan Aliah Akif cepat sembuh yer.. Amiin...


Kurta Slim Fit AMJIFA Exclusive By AMARBAHARIN

$
0
0
Sekali cuba aku dah berkenan. Sebenarnya aku tak pernah pakai kurta sebelum ni tapi selepas try testing kurta ni aku rasa aku nak angkat satu. Best pulak kurta ni. Asyik pakai baju melayu je, lepas ni boleh tukar pakai kurta pulak. Okey, yang aku mention ni Qurta Anta AMJIFA by AMARBAHARIN.
Qurta moden dari Amjifa by AmarBaharin ni menggunakan 100% material Italian Cotton. Kain sedap dan cutting jenis Slim Fit pulak tu, sememangnya mengikut trend sekarang ni. Kalau body sedap-sedap macam Amar Baharin fuhh pakai kurta ni memang meletup kaw..
Model baru Qurta Anta (perasan)
Haa, ni yang aku test ni saiz XL nampak sangat FIT. Kena diet lagi ni baru nampak cun, kalau tak nak diet kena cari saiz XXL. Jangan risau Qurta Amjifa by Amarbaharin ni ada pelbagai saiz dari S, M, L, XL dan XXL.
Tudiaa selfie terus dengan pemilik Qurta Anta Amjifa By AmarBaharin, saudara Amar Baharin. Ada macam adik bradik tak? Haha..
Perghh smart tak? Terus rasa macam retiss haha.. Ni yang rasa nak pakai kurta pas ni. Kelihatan sangat segak dan exclusive bila pakai kurta ni.. 
Okeh dok cerita panjang tapi harga tak mention lagi. Harga Qurta Anta ni hanya RM139.00 mampu milik ni.. Exclusive kot!! Terdapat 5 warna berbeza sememangnya warna sangat cantik dan menarik. Kalau nak tau maklumat lanjut korang boleh pegi kat link tertera bawah ni. 


Facebook Page : AMJIFA BY AMARBAHARIN
Instagram : AMJIFA BY AMARBAHARIN 
No Contact : 0166860645
Email : amjifaexclusive@gmail.com

Pertama kali bayar air SYABAS

$
0
0
Aku dah stay kat KL ni 8 tahun lebih. Hari ni baru pertama kali aku bayar bil air SYABAS | Syarikat Bekalan Air Selangor. Dulu masa aku menyewa di Taman Segar, owner rumah yang bayar maintainence dengan air. Lepas tu bila dah pindah ke Batu 9, SYABAS masa tu dah laksana air percuma untuk penggunaan bawah 20 m³. Dan selama hampir 5 tahun aku guna air yang percuma. Penggunaan air aku tak pernah lebih dari bacaan tu sehingga ke bulan ni dapat bil tengok ada amount kena bayar. Rm17.90. 
Tak heran penggunaan aku lebih dari 20 m³. Sebab wife tengah cuti bersalin memang lebih la penggunaan air. Sebelum ni guna air balik kerja dan sebelum pergi kerja je. 

Sambil-sambil google tadi jumpa artikel ni. 

"Selangor semak semula pemberian air percuma 40m3".. 

WOW!! tapi masih belum diputuskan lagi. Akan dimuktamadkan September 2015, bila-bila masa jela tu. Tunggu je la keputusan. Apapun aku masih bersyukur kalau masih diberi air percuma 20m3. Jangan dimansuhkan sudah ler.. 

- Bekalan Air Percuma 20m3 : Selangor semak semula pemberian air percuma 40m3
Posted by Admin on 03 Dec 2014 (781 reads)
SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m3 selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum Kerajaan Negeri membuat sebarang keputusan.

“Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m3 daripada 20m3.

“Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20m3 sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh: AFIX REDZUAN 

Sumber dari MES | Merakyatkan Ekonomi Selangor

Apapun brapa banyak air percuma ke tak percuma ke, kena beringat !! Guna air dengan wajar dan berjimat cermat. Ingat pesanan ni.. "takde elektrik takpe, jangan takde air"..

Jeti Kuala Kangsar yang baru

$
0
0
Jeti Dataran Kuala Kangsar berwajah baru. Selepas jeti lama rebah ditenggelami banjir satu ketika dulu, kini jeti baru telah dinaikkan. Lama dah siap cuma baru up je. Tak semua tau pun yang jeti ni dah berwajah baru. Selain sebagai jeti, datarannya lebih santai dan lebih luas untuk riadah. Tempat parking kereta pun dah banyak.
Jeti Dataran Sungai Perak Indah Kuala Kangsar | Sungai Perak

Kalau dari segi arkiteknya nampak tak banyak berubah. Tapi dari segi materialnya banyak ditukarkan. Eh betul ke ayat aku ni. Rupanya hampir sama tapi dulu banyak guna kayu, sekarang guna konkrit.

Kalau singgah ke kuala kangsar jangan lupa singgah disini.. 

**gambar diambil selepas subuh. Kalau sunrise kat sini memang mantap.. hari ni kelihatan matahari ditutup dengan jerebu. 

Meratah sup Tulang Gearbox

$
0
0
Semalam layan sup tulang daging korban kg pakri. Dorang buat gotong royong masak kat surau. Meriah-meriah. Aku tumpang makan je.. Hehe tiap-tiap tahun tolong makan je, bila agaknya nak tolong lapah ke tolong masak ke, adeh hai aku belum pandai la, malu nyer. Dah tua-tua gini tak pandai lapah lagi. InsyaAllah next year aku try join..
Nahh kasi sikit-sikit sudah. Dalam periuk ada banyak lagi tulang gearbox lagi. Yumm yyum. Mampu ulang 2 kali. Bangun pagi segar lagi ni. Alhamdulillah x pengsan semalam. Siang malam daging. Maksudnya aku memang xde pantang makan. Pantang nampak je. Haha. Alhamdulillah rezeki.

**pepagi dah bangun. Nak cari network coverage. Huh celcom celcom. 
Viewing all 395 articles
Browse latest View live